Aug 14, 2011

KRISTIANITI : FALSAFAH DAN INTIPATI



selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...





segala puji bagi Allah, tuhan maha agung, yang menjadikan manusia daripada segumpal tanah, menjadi makhluk, dan akhirnya kembali ke tanah. maha suci tuhan yang menjadikan dunia ini tidak bertiang dan tidak jatuh ke bawah kegelapan semesta. maha suci tuhan yang menjadikan semesta tidak terbatas di mata manusia. maha suci tuhan yang menjadikan sesuatu dengan bersebab, hatta seekor nyamuk sekalipun. dari tuhan kita datang dan kepadanyalah kita kembali.




blog yang sudah bersawang sebab lama tak update. bukan tanak update, tapi belakangan ni banyak hal nak kene uruskan. lagipun sejak ade blog kerusi malas yang pengisiannya lebih ringan, kerja-kerja mengupdate banyak tertumpu kat blog yang sana tu, sampai takde mase nak update blog ni. bukan ape, nak buat tajuk agama ni bukan senang, lebih2 lagi agama orang lain. kalau agama sendiri no hal. ok, seperti yang lama dijanjikan, entry kali ni kita berbicara mengenai kristian. setelah menelaah beberapa artikel yang aku kira bagus untuk entry, akhirnya aku dah bersiap sedia untuk memuntahkan semuanya ke dalam blog. pesanan aku kepada semua, ini adalah apa yang aku baca dari artikel2 di internet. kalau ada diantara pembaca yang lebih tahu di sana sini, silakan menambah.




SEJARAH



tahukah anda, ajaran kristian pada asalnya sebahagian daripada mazhab di dalam ajaran yahudi? inilah yang diperkatakan di dalam artikel yang ditulis oleh Manfred Davidmann. menurut david, golongan penganut kristian pada peringkat awal digelar kristian yahudi. [yahudi di sini merujuk kepada bangsa, dan kristian adalah ajaran yang dianuti].

kristian pada zaman awalnya, bukanlah datang sebagai agama baru. sebaliknya, ia diklasifikasikan sebagai salah satu 'denominations' atau mazhab dalam ajaran judaisme. para penganut awal kristian juga terdiri daripada yahudi. kitab 'pentateuch' atau 'kitab yang lima' terkandung di dalam taurat: Genesis, Exoodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy, merupakan kitab yang dipegang oleh penganut-penganut kristian pad peringkat awal ini. para penganut kristian peringkat awal ini percaya bahawa jesus adalah nabi yang ditus oleh ilah untuk menegaskan kembali ajaran yang terkandung di dalam taurat dan menegakkan kembali ajaran taurat. mereka mengamalkan apa yang terkandung di dalam kitab itu seperti perintah larangan hari sabtu atau sabbath dan berkhatan. antara ajaran-ajaran yang terkandung di dalam taurat yang di amalkan oleh penganut kristian peringkat awal adalah:


1- semua manusia adalah sama. tidak dibenarkan seseorang mengeksploitasi seseorang yang lain.
2- semua orang berhak untuk mendapat perlindungan sosial. individu2 yang berada di dalam kesusahan perlulah dibantu oleh masyarakat untuk menjadikan mereka mampu berdiri sendiri. bantuan yang diberikan pula tidak boleh dikenakan bunga, dan setiap tujuh tahun, lebihan hutang perlu dibatalkan.
3- kekayaan negara adalah hak milik bersama dan perlu diagihkan dengan adil. proses pengagihan ini perlulah disemak semula secara berkala.
4- mereka yang kaya perlu bertindak sebagai pentadbir kekayaan negara bagi orang-orang miskin, bukannya mengumpulkan kekayaan bagi diri sendiri.




ini adalah beberapa ajaran yang terkandung di dalam taurat. walaubagaimanapun, peraturan-peraturan ini tidak disenangi oleh golongan kaya di zaman itu, dan golongan inilah yang telah mengubah kandungan taurat untuk disesuaikan dengan kehendak mereka. jesus, menyedari perkara ini, berusaha untuk mengubah keadaan yang sedang berlaku, dan ingin mengembalikan undang2 taurat ke tempat asalnya.




PAUL


insan yang bertanggungjawab terhadap penyelewengan ajaran taurat adalah Paul. dia merupakan seorang yahudi yang menghukum mana2 orang yang cuba mendalami kitab taurat yang pada ketika itu telah diselewangkan. dia juga menghalang penganut ajaran taurat daripada mengeaplikasikan taurat ke dalam kehidupan harian mereka. sungguh pun demikian, tindakannya itu tidak juga berjaya menghalang ajaran taurat sebenar daripada tersebar luas. kemudian, secara tiba2 dia mengaku mendapat 'wahyu' dan mula menggelarkan dirinya sebagai kristian, serta mula menumpukan agenda penyebaran ajaran barunya itu kepada golongan 'gentile' (non-yahudi) dan mereka yang tidak tahu tentang selok belok kitab taurat, serta mereka yang mempercayai secara membabi buta tanpa mempertikaikan sedikit pun. Paul kemudiannya telah menulis sepucuk surat (epistles) kepada pemerintah Roman, menyatakan tentang ajaran nya yang jelas menyebelahi golongan pemerintah dan bertentangan dengan ajaran taurat sebenar. dari sini, pemerintah Roman yang dahagakan kuasa, telah bertindak menyerap ajaran Paul dan menyebarluaskan ajarannya ke seluruh empayar, lalu menukar namanya kepada the holy roman empire.





INTIPATI AJARAN



ten commandment (versi asal)




1- tiada lain tuhan selain Aku

2- kamu tidak akan sekali-kali mengukir sesuatu atau mendatangkan sesuatu dari langit mahupun bumi yang kamu tunduk di hadapannya (berhala). barang siapa yang melakukan sedemikian, sesungguhnya mereka telah membenciku.


3- janganlah kamu menggunakan nama Ku untuk tujuan yang sia2.


4- peliharalah hari Sabbath.

5- hormati dan muliakan ibu bapa kamu.

6- jangan membunuh.

7- jangan berzina

8- jangan mencuri

9- jangan memberi kesaksian palsu

10- jangan merampas atau menginginkan untuk merampas hak orang lain.




ten commandment (versi Paul)


1- semua autoriti datang dari tuhan, dan pemerintah adalah wakil yang dilantik tuhan, oleh itu taatlah kamu kepada pemerintah.

2- barang siapa yang menentang pemerintah, bererti telah menentang wakil tuhan, dan sesiapa yang menentang wakil tuhan akan dihukum.

3- kerana barang siapa yang dikasari pemerintah, itu adalah kerana kejahatannya. pemerintah tidak akan mengkasari orang yang baik.

4- jika inginkan hidup tanpa ketakutan terhadap pemerintah, lakukanlah apa yang diperintahkan dan kamu akan dimuliakan.

5- oleh itu seseorang harusk\lah taat, dan mengelakkan daripada kemurkaan pemerintah, kerana taat adalah sebaik2 amal perbuatan.

6- kerana sebab yang sama, bayarlah cukai, kerana pihak berkuasa mengutip cukai bagi pihak tuhan.

7- berilah segala apa yang mereka minta: cukai, keuntungan, kehormatan dan kemuliaan.

8- tanggungjawab kamu hanyalah menyayangi satu sama lain, kerana mereka yang berbuat demikian telah memenuhi tuntutan 'undang-undang.'

9-  oleh itu:


- janganlah kamu berzina
- janganlah kamu mencuri
- janganlah kamu membunuh
- jangan memberi kesaksian palsu
- dan jangan merampas hak orang lain.


dan andai ada perintah2 lain, ianya tidak lain adalah menyayangi sesama kamu.



10- kerana sayang itu tidak akan membahayakan jiran-jiran kamu, maka sayang itu telah memenuhi tuntutan 'undang-undang'.




KONSEP KETUHANAN



doktrin triniti


salah satu konsep ketuhanan yang utama di dalam ajaran kristian ialah doktrin triniti. doktrin ini berasal daripada salah satu ayat di dalam gospel matthew:




"Go therefore and make disciples of all nations, baptizing them in[a] the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit,"


matthew: 19


dan juga salah satu ayat yang paling popular yang terdapat di dalam gospel John:




"For God so loved the world,[a] that he gave his only Son, that whoever believes in him should not perish but have eternal life"



John: 16




doktrin ini menyatakan bahawa tuhan bapa (father) tuhan anak (son) dan ruh suci (holy spirit) adalah 3 kewujudan dalam satu entiti, dan tiga entiti dalam satu kewujudan. konsep ini, walaubagaimanapun masih lagi misteri kepada ajaran kristian.



dosa warisan


penganut ajaran kristian juga percaya bahawa manusia mewarisi dosa adam yang telah menerima murka tuhan lalu tercampak ke bumi. dosa ini diwarisi turun-temurun dan tidak dapat dihapuskan melainkan dengan penebusan.




penebusan dosa


penganut kristian percaya bahawa dosa warisan ini hanya terhapus setelah jesus, selaku anak tuhan memikul segala beban dosa ke atas dirinya dan mati demi menebus dosa-dosa anak-anak adam. penyaliban jesus adalah kerana cintanya yang mendalam kepada umat manusia. melalui penyaliban ini, dosa warisan dihapuskan bagi sesiapa mempercayai peristiwa penyaliban ini dan kebangkitan semula jesus selepas tiga hari, dan mereka boleh kembali kepada tuhan untuk menerima rahmat dari tuhan bapa.

















p/s : akan datang, hindu.





























Jun 17, 2011

Masih adakah cahaya?

selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...







assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. salam sejahtera di ucapkan kepada makhluk sekalian alam. salam sejahtera ke atas roh, baik di alam jabarut, di alam malakut, di alam nyata, mahupun di alam barzakh. salam sejahtera ke atas malaikat, jin dan manusia. segala puji bagi tuhan, pemilik segala wujud, yang dengan kekuasaannya, tidaklah ia bersusah payah dalam penciptaan hamba-hambanya, melainkan 'qun'. maha suci tuhan yang dengan kebijaksanaannya tiada suatu makhluk pun yang teraniaya di dalam penciptaan. maha suci tuhan yang mencukupkan makhluknya sesuai dengan kadarnya, melainkan mereka yang dipesong syaitan dan nafsu.





bersiaran dari rumah. malam ni dinner extravagant sket. ade kari kambing, rendang ayam, asparagus, kangkung goreng belacan, dan kuah rasam. sume beli, kecuali asparagus dan kangkung goreng belacan. fuh, kari kambing die memang merdu wa cakap lu. berdendang tekak mase kambing tu lalu kat tenggorok gua. tak tau la macam mane mamak kat Maha Maju tu masak kambing, sedap die laen macam. mulai arini, aku dah tak bole bersiaran dari opis lagi. admin da blog sume bende, blog, fesbuk, portal universiti, sume bende la. rase nak ngadu kat anonymous pon ade gak, bior digodamnye network admin tu.




entry ni adalah entry yang terakhir tentang islam, sebelum aku masuk bab agama lain. pada post-post yang telah lepas, kita dah membincangkan tentang pengertian islam, aspek2 utama dalam islam, puak2 dalam islam, krisis terbesar dalam islam dan mitos2 yang menjadi hindrance untuk puak-puak ini bersatu. sekarang aku nak membincangkan tentang perbezaan sebenar di antara sunni dan syiah. untuk pengetahuan semua, satu-satunya persoalan yang menjadi punca perselisihan di dalam sunni dan syiah adalah mengenai soal imamah dan khilafah. sunni mendakwa, selepas kewafatan muhammad, persoalan mengenai penjaga agama dan penjaga ummat islam telah diserahkan kepada ummat untuk membuat keputusannya. hal ini berikutan tiada bukti jelas bahawa baginda rasul s.a.a.w melantik sesiapa sebagai penggantinya. lantas, melalui demokrasi, penjaga agama (imam) dan penjaga ummat (khalifah) dipilih bagi meneruskan perjuangan yang diteruskan oleh rasul s.a.a.w. soal kepimpinan adalah soal yang sangat penting, kerana ummat tidak boleh dibiarkan kosong tanpa seorang pemimpin di dalamnya.






walau bagaimanapun, menurut syiah, sedangkan kita sebagai ummatnya saja sudah mengerti akan kepentingan kepimpinan, masakan rasul s.a.a.w yang maksum tidak menyedarinya? hakikatnya rasul s.a.a.w menyedari akan kepentingan kepimpinan selepasnya, dan telah, secara jelas dan berkias, melantik menantu baginda, Ali ibn Abi Thalib sebagai wasinya selepas kewafatan baginda, dan kepimpinan Ali telah termaktub di dalam al-quran dan hadith2.







masalah-masalah



1) masalah dalam penakwilan




antara masalah utama yang menjadi perselisihan ulama sunni dan syiah ialah masalah menakwilkan sumber-sumber yang ada, baik al-quran, hadis mahupun catitan sejarah. penakwilan yang berbeza ini disebabkan pandangan awal yang berbeza di kalangan ulama sunni dan syiah. ulama sunni mendakwa, para sahabat yang bersama-sama baginda menyebarkan islam, menghadapi susah senang menegakkan syiar islam, membantu nabi di dalam perang, mengorbankan harta mereka di jalan allah, insan seperti ini tidak mungkin mengkhianati nabi, meskipun mereka ini tidak maksum. sementara menurut ulama syiah pula, mereka yang tidak maksum, tidak kira sebaik mana sekalipun, mempunyai potensi untuk melakukan kesilapan. pra andaian inilah yang telah membentuk corak pemikiran para ulama sunni dan syiah, seterusnya memberi kesan kepada penakwilan mereka terhadap al-quran dan hadis serta catitan sejarah.




2) isu tidak boleh dikompromi




perkara kedua yang menjadi masalah dalam membincangkan isu sunni dan syiah adalah berkenaan dengan isu itu sendiri sebenarnya, iaitu khilafah dan imamah. isu yang menjadi perselisihan ini adalah isu yang sangat sensitif, baik di pihak sunni mahupun syiah. bagi golongan sunni, bersetuju dengan pandangan syiah membawa maksud penolakan secara total terhadap ajaran mereka, kerana ahlussunnah mendakwa ajaran mereka diambil secara turun temurun daripada rasul s.a.a.w kepada para sahabat, dan dari para sahabat kepada tabiin, itba' at-tabiin, para ulama seterusnya kepada umat sunni seluruhnya. sementara menurut pandangan syiah pula, bersetuju dengan para sahabat bermaksud berkompromi dengan orang-orang yang telah menganiaya imam, dan ini bercanggah dengan iman mereka. hal ini yang menyebabkan konflik sunni-syiah ini memakan masa selama seribu tahun, dan masih menemukan jalan buntu.





prospek penyatuan



adalah sesuatu yang jelas di mata semua, perpecahan, sejak dari dahulu lagi, telah menjadi senjata paling ampuh bagi musuh-musuh islam untuk melemahkan islam. sesungguhnya kekuatan perpaduan ummah adalah sesuatu yang paling ditakuti oleh musuh-musuh islam. sejak dari dulu lagi, mereka telah belajar melalui pengalaman mereka bertempur dengan ummat muhammad, dan mereka dapati, tidak ada musuh yang lebih kuat untuk menghancurkan mereka, melainkan ummat mereka sendiri. lalu benih-benih perpecahan disemai di dalam ummat islam. semua kumpulan islam di dunia berpegang kepada hadis rasul s.a.a.w, "ummat ku akan berpecah kepada 73 firqah, hanya satu yang ke syurga". semua pihak mengaku merekalah firqah yang terpilih. akan tetapi sedarkah mereka, walaupun hanya satu yang akan ke syurga, rasul s.a.a.w tetap memanggil kesemua firqah tersebut sebagai 'umatku'? tidak cukupkah hadis ini untuk memberhentikan kita daripada saling kafir mengkafir, sesat menyesat, dan hancur menghancurkan? pilihlah jalan mana yang ingin kita pilih, serahkan kepada Allah untuk menentukan pemenangnya di akhirat, akan tetapi semasa kita masih di dunia ini, bukanlah suatu suruhan dari illahi untuk kita mengkafirkan, menyesatkan, menghancurkan, saling membunuh dan menafikan hak2 firqah yang lain untuk hidup. tiada siapa yang tahu dengan absolute tentang firwah yang dimaksudkan oleh rasul s.a.a.w. sunni mengatakan mereka yang layak, syiah mengatakan mereka yang layak, zahiri mengatakan mereka yang layak, dan ibadi juga mengatakan mereka yang layak. lantas yang mana satu yang benar? inilah poin penting yang cuba aku tegaskan di dalam artikel ini. hentikan.hentikan segala usaha dan kegiatan untuk membenarkan firqah sendiri dan menyerang firqah lain. Allah s.w.t memerintahkan rasul s.a.a.w untuk menyampaikan islam, dan bukan mazhab. dan tidak kira sehebat manapun sesuatu firqah, tidak ada yang berani menukar status mazhab mereka kepada agama. mengapa? kerana jauh di sudut hati mereka. mereka sedar bahawa sekuat mana pun mereka mempertahankan mazhab mereka, mazhab tetap mazhab, ia adalah aliran pemikiran dalam agama, dan akan terus kekal sebagai aliran pemikiran, dan bukan tiang agama itu sendiri. lantas di mana islam? islam terletak pada pengertian "la ilaha ila allah muhammadur rasulullah" sesiapa yang beriktiqad dengan kalimat ini, tidak menunjukkan penentangan terhadap maksud kalimah ini, tidak menunjukkan penghinaan terhadap maksud kalimah ini, maka dia muslim. tidak kira sama ada sunni mahupun syiah, ibadi mahupun zahiri, semuanya muslim. persoalan mukmin, serahkan saja kepada allah dan rasul untuk menentukan di hari kebangkitan kelak.

kembalikan kegemilangan islam melalui sinar perpaduan ummah.






penyelesaian



dewasa ini, agama islam tidak lebih hanyalah lumpur yang hina. agama islam dilayan seperti sampah. semua atribut-atribut yang buruk dinisbahkan kepada islam. umat dipijak di sana sini. bukan islam di momokkan dengan islam. islam menjadi igauan ngeri bagi kejiranan yang inginkan keamanan. islam itu teror. islam itu ganas. islam itu bom. andai disuruh seorang non muslim di barat memejam mata dan membayangkan islam di minda, bukanlah ketinggian budi bahasa yang di imaginasikan. bukan keluhuran budi pekerti yang di imaginasikan. akan tetapi apa yang dibayangkan adalah lelaki berjambang yang bengis, sedang memegang senjata dan sedia untuk berjihad. ini adalah imej islam yang berjaya diwujudkan di barat. dan tidak ada pembela yang tampil untuk membersihkan imej islam. mengapa? kerana kita sibuk membenarkan sunni dari syiah, membenarkan syiah dari sunni, membenarkan ibadi dari zahiri, dan membenarkan zahiri dari ibadi. kita sibuk dengan konflik dalaman sedangkan musuh allah sibuk merangka strategi menghancurkan ummah. lalu bagaimana cara yang terbaik menghadapi semua ini? hanya ada satu cara, iaitu mendiamkan perbezaan dan bersatu atas satu tujuan, la ilaha ila allah muhammadur rasulullah. kita tidak boleh bersatu atas nama mazhab, kerana mazhab kita jelas berbeza. akan tetapi kita menyembah Allah yang sama, kita berbaiat dengan muhammad yang sama, kita menghadap kaabah yang sama, kita dicabut nyawa oleh izrail yang sama, dan kita akan dibangkitkan di masyar yang sama. tidakkah ini cukup untuk kita mendiamkan perbalahan yang tidak akan ada kesudahan, dan fokus kepada penyatuan dan mengukuhan islami? bersatulah wahai saudaraku sunni dan syiah, bersatulah. kukuhkan benteng kita menentang musuh islam yang sebenar, iaitu zionis dan konco konconya. semoga kita dibangkitkan di akhirat kelak dengan tangan yang bersih daripada darah saudara muslim kita.




dengan berakhirnya artikel ini, maka tamatlah episod mengenai islam. diharapkan apa yang telah dikongsikan dapat memberikan kesedaran kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia untuk bersatu atas nama islam dan menentang musuh sebenar. sekian.





























p/s: next post kita masuk bab kristian....

Jun 15, 2011

Mitos - Part 2





selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...








assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang berhak menerima salam. segala puji bagi tuhan yang telah menjadikan manusia dari titis yang hina, kemudiannya diperkukuhkan dengan tulang, daging dan kulit, dihias dengan hati, diimbang dengan akal, dan dijana dengan roh. maha suci tuhan yang menjadikan ada daripada tiada. segala puji bagiNya, yang tidak bisa ditanggapi oleh suatu apapun. maha suci tuhan, pemilik segala eksistensi. dariNya kita bermula dan kepadaNya kita kembali.





haram jadah. itulah yang mampu aku summarizekan hari ini. pagi pegi keje, keje takde. nak main fb, kene block. nak main blog, kene block. kalau aku jumpe admin tu memang aku tuang sos atas kepale die sambil mencarut-carut. bengang sungguh aku. pastu aku gune proxy bukak blog, setelah mencube selama sejam, akhirnye boleh bukak. aku pon tulis blog selama 45 minit. lepas tu tak boleh save. memang **** kan? pastu balik umah lunch, ingat nak tulih la kat umah, mase plak tak sempat. then masuk opis balik, dah melaut keje kat atas meja. so skang here i am, dok kat depan pc kat umah, ready nak tulis balik entry yang tertunda.






ok.back to our last entry, pasal mitos. aritu kite dah clear pasal 2 mitos kan? arini kite sambung lagi, insya allah kite habiskan.





3) diasaskan oleh Abdullah ibn Saba'




mitos ini menduduki tempat ke tiga di dalam carta kesesatan syiah. menurut sumber-sumber yang saya dapati, antara sebab syiah ini dikategorikan sebagai ajaran sesat adalah kerana ia diasaskan oleh Abdullah ibn Saba, seorang yahudi dari Esfahan. yahudi ini dikatakan muncul di zaman Uthman bin Affan, dan telah berkomplot membunuh Uthman. setelah rancangan jahatnya diketahui, Abdullah ibn Saba'( selepas ini dikenali sebagai ais ) menyorok dibelakang Ali a.s dengan mengagung-agungkannya sebagai tuhan. Ali a.s yang marah dengan tindakan ais telah bertindak membakarnya hidup-hidup. sesetengah 'riwayat' menyebut dia dibuang negeri ke Iran.




jawapan:



tidaklah dapat dipastikan siapakah gerangan ais ini, kerana tidak ada data, hadis, sumber bertulis dan sebagainya yang dapat disimpulkan kepada kewujudan manusia ini. walau bagaimanapun, amat menghairankan kerana maklumat tentang ais ini wujud di dalam simpanan ahlussunnah. mengapa pengasas ajaran A, yang langsung tidak wujud datanya di dalam ajaran A, tapi tiba2 datanya penuh dalam ajaran B. namun begitu, sekiranya saudara kami dari kalangan ahlussunnah begitu berpegang kukuh dengan tuduhan ini, kami akan kemukakan bukti yang menyanggah kepercayaan anda.


data daripada 'kumpulan yang penuduh' menunjukkan bahawa ais ni mula2 muncul semasa zaman uthman bin affan, walhal syiah dan sunnah telah wujud sejak hari pertama rasul s.a.a.w wafat lagi. sejurus sahaja rasul s.a.a.w wafat, umat telah berpecah kepada 2 kumpulan. satu kumpulan menguruskan jenazah rasul, terdiri daripada Ali dan pengikutnya, dan satu lagi kumpulan meninggalkan jasad suci baginda dan pergi ke saqifah untuk melantik khalifah baru, yang terdiri daripada Abu bakar dan para pengikutnya. kumpulan yang bersama Ali di namakan sebagai syiahnya Ali (pengikutnya Ali) yang terdiri daripada Fatima, Abbas, Abu Dzar, Salman Al-Farisi, Bilal bin Rabah, Al-Hassan dan Al-Hussain serta para pencinta mereka. sementara kumpulan yang menyokong Abu bakar terdiri daripada Umar, Ummul Mukminin Aisyah, Ummul Mukminin Hafsah, Thalhah, Zubayr, Abdurrahman ibn Auf dan lain-lain. lantas syiah yang mana yang diasaskan oleh ais ini? kalaulah dia mengasaskan syiah yang baru, apa syiahnya ali akan berdiam diri? pasti syiah ais dan syiah ali akan bertempur. ada rekod sejarah? sila lampirkan kalau ada, jangan menuduh tanpa bukti.




4) menyembah kuburan dan batu


mitos keempat dalam carta kesesatan syiah. para penganut mazhab syiah ini dikatakan menyembah makam2 dan batu. hal ini berikutan penganut mazhab syiah menolak untuk sujud di atas sejadah, sebaliknya sentiasa membawa sekeping tanah yang dikeraskan sebagai alas sujud.




jawapan:

sudah terang lagi bersuluh, kebutaan hati sesetengah pihak yang menuduh tanpa usul periksa telah memakan diri mereka sendiri. bagaimana syiah boleh menyembah batu dan kuburan, sedangkan mereka telah bertuhankan ali? tidakkah tuhan Ali marah melihat mereka menyembah selain Ali? siapakah tuhan sebenar orang syiah, ali, batu atau kubur? inilah persoalan-persoalan gila yang bakal timbul daripada tuduhan gila, yang ditimbulkan oleh orang gila. sebenarnya, penganut mazhab syiah sujud di atas tanah kerana terdapat hadis-hadis tentang keutamaan sujud di atas tanah. mazhab syiah juga percaya sujud hanya boleh dilakukan di atas tanah atau sesuatu yang berasal dari tanah, dengan pengecualian kepada makanan, pakaian dan kapas. itulah sebabnya orang-orang syiah selalu dilihat membawa sekeping tanah yang dikeraskan yang digelar turbah, dan digunakan sebagai alas ketika solat. berkenaan dengan kuburan pula, adalah syirik bagi sesiapa yang mengaku islam untuk menyembah selain allah. apa yang dilakukan penganut syiah adalah mengambil barokah (tabarruk) daripada makam2 imam mereka yang diyakini maksum, sama halnya seperti jemaah haji yang mengambil barokah daripada makam rasul s.a.a.w dan hajarul aswad.




5) tidak solat



penganut mazhab syiah juga dikatakan tidak solat dan tidak mewajibkan solat di dalam ajaran mereka.



jawapan: setelah tuduhan yang liar dan tidak berasas terhadap akidah penganut mazhab syiah, sekarang mereka menimbulkan soal solat. apakah rasionalnya menimbulkan soal ibadah terhadap ajaran yang akidahnya sendiri rosak? tidak lain hanyalah kerakusan mereka sendiri dalam menuduh telah memerangkap diri mereka sendiri. hakikatnya penganut mazhab syiah, seperti mazhab yang lain mensyariatkan 5 solat wajib setiap hari, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. sebab itu mereka digelar mazhab, dan bukan ajaran.




6) tidak pergi haji



mazhab syiah juga tidak mewajibkan para penganutnya menunaikan ibadah haji. malah pemimpin mereka, almarhum ayatollah khomeini pernah mengharamkan ibadah haji kepada pengikut mereka.




 jawapan:


 tuduhan ini kelihatan kelakar apabila dihadapkan dengan hakikat bahawa jemaah haji bukan saudi yang terbesar selepas indonesia adalah iran. anda boleh tanya mana2 jemaah haji yang datang ke mekah al-muqarromah sama ada terdapat jemaah haji dari iran atau tidak. tentang pengharaman haji oleh ayatollah khomeini pula, ia memang benar2 berlaku. tetapi pengharamannya bukanlah untuk suka2, sebaliknya dilakukan atas sebab keselamatan selepas tercetusnya satu peristiwa berdarah di mekah yang mengorbankan lebih 200 orang umat islam iran bermazhab syiah. ( klik sini ) pengharaman itu, walau bagaimanapun, telah ditarik balik sejurus mekah menyambung semula hubungan diplomatik dengan Iran dan membenarkan jemaahnya melakukan ibadah haji.





7) mencaci-maki para sahabat


di antara kesesatan syiah yang paling tidak boleh diterima kerana dianggap menghina agama islam adalah perbuatan mereka menggalakkan pengikut mereka mencaci maki para sahabat dan ummul mukminin aishah r.a. ulama-ulama syiah dikatakan menyeru para pengikut mereka untuk memaki hamun para sahabat yang dikatakan menentang Ali seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aishah r.a.




 jawapan:


 tidak ada di dalam ajaran mazhab syiah mengenai mencaci maki para sahabat. bahkan pemimpin revolusi islam iran, ayatollah sayyid ali khamenei, disebabkan fitnah yang semakin meluas, telah mengeluarkan fatwa bahawa perbuatan mencaci maki tokoh-tokoh di dalam ahlussunnah adalah haram ( klik sini ). perbuatan mencaci maki tidak pernah dianggap sebagai sesuatu yang baik di dalam mana-mana ajaran sekalipun. lalu bagaimana ajaran islam yang syumul ada peruntukan mengenai caci maki? apa yang sebenarnya berlaku ialah, pengikut mazhab syiah tidak bersetuju dengan beberapa tindakan para sahabat yang dilihat mengenepikan keluarga rasul yang mulia. (akan dibahaskan kemudian ) dan mereka mempunyai dalil2 mengenai perkara ini. sungguhpun begitu, tidaklah ajaran mereka menyuruh mereka mencaci maki para sahabat, melainkan segelintir ekstrimis di dalam kumpulan syiah. dan ekstremis, tidak kira agama manapun, tetap salah.




 8) menghalalkan seks bebas


 syiah juga diharamkan kerana ajarannya yang tidak bermoral, salah satunya adalah penghalalan seks bebas pada malam 10 muharram. pada malam ini, pengikut mazhab syiah akan berkumpul di hauzah mereka dan memadamkan lampu. sejurus lampu dipadam, mereka akan meraba2 mencari pasangan mereka. sekiranya dapat, mereka akan melakukan hubungan seks tanpa mengira siapa orang tersebut.




 jawapan: hanya akal yang telah dicemari hawa nafsu dan dengki khianat sahaja yang mempercayai bahawa mazhab syiah selaku mazhab kedua terbesar selepas ahlussunnah, yang mengikutnya mencecah 250 juta orang, melakukan aktiviti seks bebas pada malam 10 muharram. ini adalah tuduhan yang paling tidak masuk akal. apakah ada ibu-bapa dari kalangan syiah yang tega membenarkan anak gadis mereka ditiduri mana-mana lelaki yang bukan suaminya? dan adakah si suami rela isterinya ditiduri kawan syiahnya? dan adakah si isteri sanggup meniduri lelaki lain sementelah mengetahui bahwa suaminya juga sedang meniduri perempuan lain di dalam bilik yang sama? kalaulah tuduhan ini betul, maka syiah adalah ajaran sesat yang paling hebat kerana mampu mengumpulkan 250 juta orang yang bersetuju melakukan seks bebas. hakikatnya pintu hauzah-hauzah pengikut mazhab syiah ini tidak pernah tertutup buat orang luar. datang dan bongkarlah sendiri ajaran mazhab ini. tangkapan syiah di gombak tempoh hari juga dilakukan semasa malam 10 muharram. tanya sendiri dengan pegawai jais tu, ade ke orang tengah buat seks bebas dalam tu?




 9) Jibril tersilap memberi wahyu kepada Muhammad


 syiah juga dikatakan sesat kerana mendakwa bahawa jibril telah tersilap memberi wahyu kepada kepada Muhammad s.a.a.w. seharusnya risalah kenabian itu diturunkan kepada Ali.



 jawapan:


 sesungguhnya telah jelas kebenaran daripada kebatilan. tuduhan ini sama darjatnya dengan tuduhan gila yang telah dibincangkan. bagaimanakah menurut syiah, jibril boleh tersilap memberi wahyu, sedangkan menurut syiah juga, Ali adalah tuhan? ini bermakna Ali selaku tuhan telah memerintahkan jibril untuk memberikan wahyu kepada Ali selaku manusia di bumi. dan jibril telah tersilap lalu menurunkan wahyu itu kepada muhammad. yang hairannya, cerita kartun ini berakhir setakat ini sahaja. tidaklah dapat dipastikan apakah bentuk hukuman yang menanti jibril kerana tersilap memberi wahyu kepada ali selaku manusia. adakah tuhan Ali menghukum jibril atau tidak? apakah pembetulan yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh tuhan Ali? siapa Ali, nabi atau tuhan, atau kedua-duanya? kalau Ali itu nabi dan tuhan, siapa pula batu dan kuburan? bermakna, secara rumusan, ajaran syiah adalah ajaran yang bertuhankan Ali, batu, kubur dan bernabikan Ali juga. sungguh ajaib ajaran ini. tidaklah dapat dipastikan keadaan mental seseorang yang mereka-reka tuduhan ini, apatah lagi mereka yang sanggup percaya cerita-cerita ini.





 10) bekerjasama dengan zionis dan Amerika


 puak syiah di iran dikatakan berpura-pura hidup susah, berpura-pura memutuskan hubungan dengan amerika, serta berpura-pura mengalami sekatan ekonomi untuk mengaburi mata umat islam lain bahawa mereka adalah hero islam, walhal pada hakikatnya mereka bersekutu dengan amerika dan zionis. buktinya amerika tidak menyerang iran walaupun iran ada nuklear. kalau amerika benci iran tentu mereka dah serang iran. sedangkan iraq pon boleh amerika kalahkan.




 jawapan: untuk soalan ini, aku akan menjawabnye sendiri. hal ini kerana subjek politik memang kegemaran aku, apetah lagi politik dunia islam, yang aku pelajari daripada seorang tokoh politik islam yang termasyur sekali, al-imam al-mujtahid sheikh shukri shuib al-intaffi. menurut penganalisaan aku, tuduhan itu adalah tuduhan yang melambangkan kecetekan akal serta kedangkalan minda sesiapa yang mengucapkannya, serta segala keburukan itu didarabkan dengan lima bagi sesiapa yang mempercayainya. mengapa? kerana orang yang cita-citanya akhirat akan menggadaikan dunia, dan orang yang cita-citanya dunia akan menggadaikan akhirat. tetapi syiah iran ini, menurut kaca mata penuduh, adalah sebuah bangsa yang tak inginkan dunia dan akhirat. hal ini kerana mereka bekerjasama dengan amerika, yang menutup peluang mereka ke akhirat, tetapi dalam masa yang sama mereka juga menggadaikan dunia kerana merelakan negara mereka dikenakan sekatan ekonomi. sejak revolusi pada tahun 1979 hingga sekarang, iran telah 'berpura-pura' mengalami sekatan ekonomi sebanyak enam kali. selama bertahun-tahun kesatuan eropah 'berpura-pura' menyekat sebarang hubungan perdagangan dengan iran. sejurus selepas revolusi, iran telah 'berpura-pura' berperang dengan iraq yang mengakibatkan kerosakan dan kematian 'pura-pura' yang besar. amerika, selaku sekutu iran, telah 'berpura-pura' menyokong iraq dengan 'berpura-pura' menyalurkan bantuan kepada iraq. saddam husin yang bermazhab sunnah hanya 'berpura-pura' berkawan dengan amerika, walhal iran yang teruk dibantai amerika daripada dahulu hingga sekarang sebenarnya 'berpura-pura' susah. iran, yang dahulunya senang lenang hasil daripada bekerjasama dengan zionis dan britain, telah 'berpura-pura' meninggalkan segala kesenangan mereka untuk 'berpura-pura' memusuhi amerika. hebat betol cerita kartun ni, mengalahkan tom and jerry.


 hakikatnya, kita yang bermazhab ahlussunnah ni yang telah, secara sedar dan tidak, menyalurkan bantuan kepada amerika dan zionis untuk memusuhi islam. siapakah sekutu kuat amerika selain zionis dan britain? tidak lain dan tidak bukan keluarga diraja Saudi. siapakah yang mula-mula mengadakan hubungan diplomatik dengan zionis? tidak lain dan tidak bukan, Mesir yang pada ketika itu di pimpin oleh Anwar Sadat. apakah yang dilakukan oleh arab saudi apabila nyawa rakyat palestin yang bermazhab sunnah diratah? tidak ada. apakah komen ulama wahabi Saudi ketika disuruh memberi komen tentang demonstrasi mengutuk zionis? "haram berdemonstrasi menentang zionis. ia melalaikan kita daripada mengingat Allah" ( CER TEKAN SINI ). apa pula pendirian syiah sesat ni pasal palestin? jangan terkejut, hari Al-quds yang sambut pada setiap jumaat yang terakhir dalam bulan ramadhan tu, rupa-rupanya diasaskan oleh bapak segala kesesatan, iaitu almarhum Ayatollah Khomeini. ( CER KLIK SINI, SINI dan SINI. )




 11) penyucian dosa dengan memukul badan sehingga berdarah



 antara amalan-amalan khurafat yang diamalkan syiah adalah memukul badan sehingga berdarah pada siang hari ashura. pada hari ini, penganut-penganut ajaran sesat ini akan berkumpul, menyanyi sambil memuja-muja al-husain, kemudian memukul badan mereka dengan rantai dan besi sehingga berdarah. amalan ini dilakukan kerana mereka mempercayai bahwa dosa-dosa mereka akan terampun dengan perbuatan tersebut.






jawapan:



 memang ada beberapa kelompok syiah yang melakukan ritual itu di negara-negara seperti pakistan dan sebagainya, tetapi harus diingat, itu adalah budaya, bukan sebahagian daripada ajaran. dan budaya itu dikelaskan sebagai haram, kerana memudaratkan diri sendiri. yang diajarkan kepada pengikut mazhab syiah, adalah mengingati kematian Al-hussain. cucu nabi, penghulu pemuda syurga, yang cerita tentang kematiannya, entah kenapa, tidak pernah digembar-gemburkan oleh saudara kita ahlussunnah. malahan tidak ada dalam silibus pengajian agama di sekolah, tentang kematian cucu nabi ini. ini yang menjadi teras mazhab syiah. ini adalah hari yang paling penting bagi pengikut mazhab syiah. adapun soal memukul badan, ianya jelas haram, akan tetapi manusia-manusia yang degil dan ekstrim terus saja melakukannya.





sudah tiba masanya umat islam sunni dan syiah bersatu menentang musuh-musuh mereka.





musuh-musuh islam tidak pernah membezakan sunni dan syiah.






 saya berkata:



 penerangan - penerangan di atas, walaupun tidak menyeluruh, akan tetapi cukup untuk membuka ruang yang tepu di dalam minda yang beku dan prejudis terhadap mazhab syiah ini. diharapkan dengan terbuangnya mitos-mitos di dalam mazhab syiah ini, akan membuka peluang untuk kedua-dua muslimin ini untuk bersatu, merapatkan saf, meluruskan barisan dan bekerjasama untuk menghadapi serangan daripada musuh-musuh sebenar. sedarlah wahai sunni dan syiah, kita semua adalah ummat islam. tidakkah kalian dengar akan sabda rasul tentang nasib ummatnya yang akan ditimpa fitnah terbesar akhir zaman kelak? bukan keatas tauhid fitnah itu menimpa, bukan juga keatas syariat fitnah itu menimpa, akan tetapi perpaduan ummatlah yang telah runtuh akibat fitnah itu. tidak ada kerosakan yang berlaku terhadap agama islam melainkan kerosakan ummat. tidak ada yang musuh-musuh islam takutkan daripada agama suci ini, melainkan perpaduan ummahnya. sedarlah wahai muslimin, sesiapa yang mengimani kalimat "laailahaillallah muhamadurrasulullah", maka dia adalah seorang muslim. darahnya haram untuk dibunuh. berkewajiban bagi kita untuk menjaga harta, nyawa dan kehormatannya. janganlah terpedaya dengan seruan-seruan batil yang menyeru kita supaya memusuhi satu sama lain, kerana demi Allah yang nyawaku berada di dalam genggamannya, tidaklah musuh-musuh Allah itu membeza-bezakan antara sunni dan syiah, melainkan dihancurkan kedua-duanya. mengapa kita boleh berdamai dengan orang yang mengatakan tuhan itu tiga (kristian), dengan orang yang mengatakan tuhan itu pelbagai ( hindu ), dengan orang yang mengatakan tuhan itu alam (shinto), tetapi kita berkerat rotan dengan sesama muslim yang menyembah Allah yang sama, yang beriman dengan Rasul yang sama, yang menunaikan syariat yang sama, akan tetapi hanya berbeza tentang hal kepimpinan? sedarlah wahai muslimin, sedarlah....sedarlah sebelum terlambat. tetaplah sunni di jalannya, tetaplah syiah di jalannya, akan tetapi dalam soal perpaduan ummah, marilah kita memandang kepada tujuan yang satu iaitu Allah dan Rasul. kembalikanlah kegemilangan islam zaman rasulullah, di mana muslimin berkasih sayang di antara satu sama lain, di mana menjadi seorang muslim bermaksud memiliki seluruh ummah sebagai saudaranya. ingatlah wahai saudara-saudaraku sunni dan syiah....kita telah berperang selama seribu tahun untuk membenarkan pendapat kita, dan hasilnya sia-sia. maka apakah kita harus menunggu lagi seribu tahun untuk benar2 menyedari akan kepentingan kesatuan? mengapakah kita tidak pernah mahu memberi sedikit ruang untuk bersatu? aku seru sesiapa yang membaca artikel ini, hentikanlah usaha untuk memecah belahkan ummah. marilah saudara-saudaraku sunni dan syiah, mari kita bersatu bergabung tenaga. luruskan saf yang telah terputus selama seribu tahun. rapatkan barisan yang telah berpecah selama seribu tahun. lawan musuh Allah yang sebenar yang telah menindas kita selama seribu tahun. bangkitlah wahai saudara-saudaraku.... bangkitlah!





          LA SUNNI LA SHIA, ILA WAHDAH ISLAMIYYAH !!!!