Jun 15, 2011

Mitos - Part 2





selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...








assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang berhak menerima salam. segala puji bagi tuhan yang telah menjadikan manusia dari titis yang hina, kemudiannya diperkukuhkan dengan tulang, daging dan kulit, dihias dengan hati, diimbang dengan akal, dan dijana dengan roh. maha suci tuhan yang menjadikan ada daripada tiada. segala puji bagiNya, yang tidak bisa ditanggapi oleh suatu apapun. maha suci tuhan, pemilik segala eksistensi. dariNya kita bermula dan kepadaNya kita kembali.





haram jadah. itulah yang mampu aku summarizekan hari ini. pagi pegi keje, keje takde. nak main fb, kene block. nak main blog, kene block. kalau aku jumpe admin tu memang aku tuang sos atas kepale die sambil mencarut-carut. bengang sungguh aku. pastu aku gune proxy bukak blog, setelah mencube selama sejam, akhirnye boleh bukak. aku pon tulis blog selama 45 minit. lepas tu tak boleh save. memang **** kan? pastu balik umah lunch, ingat nak tulih la kat umah, mase plak tak sempat. then masuk opis balik, dah melaut keje kat atas meja. so skang here i am, dok kat depan pc kat umah, ready nak tulis balik entry yang tertunda.






ok.back to our last entry, pasal mitos. aritu kite dah clear pasal 2 mitos kan? arini kite sambung lagi, insya allah kite habiskan.





3) diasaskan oleh Abdullah ibn Saba'




mitos ini menduduki tempat ke tiga di dalam carta kesesatan syiah. menurut sumber-sumber yang saya dapati, antara sebab syiah ini dikategorikan sebagai ajaran sesat adalah kerana ia diasaskan oleh Abdullah ibn Saba, seorang yahudi dari Esfahan. yahudi ini dikatakan muncul di zaman Uthman bin Affan, dan telah berkomplot membunuh Uthman. setelah rancangan jahatnya diketahui, Abdullah ibn Saba'( selepas ini dikenali sebagai ais ) menyorok dibelakang Ali a.s dengan mengagung-agungkannya sebagai tuhan. Ali a.s yang marah dengan tindakan ais telah bertindak membakarnya hidup-hidup. sesetengah 'riwayat' menyebut dia dibuang negeri ke Iran.




jawapan:



tidaklah dapat dipastikan siapakah gerangan ais ini, kerana tidak ada data, hadis, sumber bertulis dan sebagainya yang dapat disimpulkan kepada kewujudan manusia ini. walau bagaimanapun, amat menghairankan kerana maklumat tentang ais ini wujud di dalam simpanan ahlussunnah. mengapa pengasas ajaran A, yang langsung tidak wujud datanya di dalam ajaran A, tapi tiba2 datanya penuh dalam ajaran B. namun begitu, sekiranya saudara kami dari kalangan ahlussunnah begitu berpegang kukuh dengan tuduhan ini, kami akan kemukakan bukti yang menyanggah kepercayaan anda.


data daripada 'kumpulan yang penuduh' menunjukkan bahawa ais ni mula2 muncul semasa zaman uthman bin affan, walhal syiah dan sunnah telah wujud sejak hari pertama rasul s.a.a.w wafat lagi. sejurus sahaja rasul s.a.a.w wafat, umat telah berpecah kepada 2 kumpulan. satu kumpulan menguruskan jenazah rasul, terdiri daripada Ali dan pengikutnya, dan satu lagi kumpulan meninggalkan jasad suci baginda dan pergi ke saqifah untuk melantik khalifah baru, yang terdiri daripada Abu bakar dan para pengikutnya. kumpulan yang bersama Ali di namakan sebagai syiahnya Ali (pengikutnya Ali) yang terdiri daripada Fatima, Abbas, Abu Dzar, Salman Al-Farisi, Bilal bin Rabah, Al-Hassan dan Al-Hussain serta para pencinta mereka. sementara kumpulan yang menyokong Abu bakar terdiri daripada Umar, Ummul Mukminin Aisyah, Ummul Mukminin Hafsah, Thalhah, Zubayr, Abdurrahman ibn Auf dan lain-lain. lantas syiah yang mana yang diasaskan oleh ais ini? kalaulah dia mengasaskan syiah yang baru, apa syiahnya ali akan berdiam diri? pasti syiah ais dan syiah ali akan bertempur. ada rekod sejarah? sila lampirkan kalau ada, jangan menuduh tanpa bukti.




4) menyembah kuburan dan batu


mitos keempat dalam carta kesesatan syiah. para penganut mazhab syiah ini dikatakan menyembah makam2 dan batu. hal ini berikutan penganut mazhab syiah menolak untuk sujud di atas sejadah, sebaliknya sentiasa membawa sekeping tanah yang dikeraskan sebagai alas sujud.




jawapan:

sudah terang lagi bersuluh, kebutaan hati sesetengah pihak yang menuduh tanpa usul periksa telah memakan diri mereka sendiri. bagaimana syiah boleh menyembah batu dan kuburan, sedangkan mereka telah bertuhankan ali? tidakkah tuhan Ali marah melihat mereka menyembah selain Ali? siapakah tuhan sebenar orang syiah, ali, batu atau kubur? inilah persoalan-persoalan gila yang bakal timbul daripada tuduhan gila, yang ditimbulkan oleh orang gila. sebenarnya, penganut mazhab syiah sujud di atas tanah kerana terdapat hadis-hadis tentang keutamaan sujud di atas tanah. mazhab syiah juga percaya sujud hanya boleh dilakukan di atas tanah atau sesuatu yang berasal dari tanah, dengan pengecualian kepada makanan, pakaian dan kapas. itulah sebabnya orang-orang syiah selalu dilihat membawa sekeping tanah yang dikeraskan yang digelar turbah, dan digunakan sebagai alas ketika solat. berkenaan dengan kuburan pula, adalah syirik bagi sesiapa yang mengaku islam untuk menyembah selain allah. apa yang dilakukan penganut syiah adalah mengambil barokah (tabarruk) daripada makam2 imam mereka yang diyakini maksum, sama halnya seperti jemaah haji yang mengambil barokah daripada makam rasul s.a.a.w dan hajarul aswad.




5) tidak solat



penganut mazhab syiah juga dikatakan tidak solat dan tidak mewajibkan solat di dalam ajaran mereka.



jawapan: setelah tuduhan yang liar dan tidak berasas terhadap akidah penganut mazhab syiah, sekarang mereka menimbulkan soal solat. apakah rasionalnya menimbulkan soal ibadah terhadap ajaran yang akidahnya sendiri rosak? tidak lain hanyalah kerakusan mereka sendiri dalam menuduh telah memerangkap diri mereka sendiri. hakikatnya penganut mazhab syiah, seperti mazhab yang lain mensyariatkan 5 solat wajib setiap hari, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. sebab itu mereka digelar mazhab, dan bukan ajaran.




6) tidak pergi haji



mazhab syiah juga tidak mewajibkan para penganutnya menunaikan ibadah haji. malah pemimpin mereka, almarhum ayatollah khomeini pernah mengharamkan ibadah haji kepada pengikut mereka.




 jawapan:


 tuduhan ini kelihatan kelakar apabila dihadapkan dengan hakikat bahawa jemaah haji bukan saudi yang terbesar selepas indonesia adalah iran. anda boleh tanya mana2 jemaah haji yang datang ke mekah al-muqarromah sama ada terdapat jemaah haji dari iran atau tidak. tentang pengharaman haji oleh ayatollah khomeini pula, ia memang benar2 berlaku. tetapi pengharamannya bukanlah untuk suka2, sebaliknya dilakukan atas sebab keselamatan selepas tercetusnya satu peristiwa berdarah di mekah yang mengorbankan lebih 200 orang umat islam iran bermazhab syiah. ( klik sini ) pengharaman itu, walau bagaimanapun, telah ditarik balik sejurus mekah menyambung semula hubungan diplomatik dengan Iran dan membenarkan jemaahnya melakukan ibadah haji.





7) mencaci-maki para sahabat


di antara kesesatan syiah yang paling tidak boleh diterima kerana dianggap menghina agama islam adalah perbuatan mereka menggalakkan pengikut mereka mencaci maki para sahabat dan ummul mukminin aishah r.a. ulama-ulama syiah dikatakan menyeru para pengikut mereka untuk memaki hamun para sahabat yang dikatakan menentang Ali seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aishah r.a.




 jawapan:


 tidak ada di dalam ajaran mazhab syiah mengenai mencaci maki para sahabat. bahkan pemimpin revolusi islam iran, ayatollah sayyid ali khamenei, disebabkan fitnah yang semakin meluas, telah mengeluarkan fatwa bahawa perbuatan mencaci maki tokoh-tokoh di dalam ahlussunnah adalah haram ( klik sini ). perbuatan mencaci maki tidak pernah dianggap sebagai sesuatu yang baik di dalam mana-mana ajaran sekalipun. lalu bagaimana ajaran islam yang syumul ada peruntukan mengenai caci maki? apa yang sebenarnya berlaku ialah, pengikut mazhab syiah tidak bersetuju dengan beberapa tindakan para sahabat yang dilihat mengenepikan keluarga rasul yang mulia. (akan dibahaskan kemudian ) dan mereka mempunyai dalil2 mengenai perkara ini. sungguhpun begitu, tidaklah ajaran mereka menyuruh mereka mencaci maki para sahabat, melainkan segelintir ekstrimis di dalam kumpulan syiah. dan ekstremis, tidak kira agama manapun, tetap salah.




 8) menghalalkan seks bebas


 syiah juga diharamkan kerana ajarannya yang tidak bermoral, salah satunya adalah penghalalan seks bebas pada malam 10 muharram. pada malam ini, pengikut mazhab syiah akan berkumpul di hauzah mereka dan memadamkan lampu. sejurus lampu dipadam, mereka akan meraba2 mencari pasangan mereka. sekiranya dapat, mereka akan melakukan hubungan seks tanpa mengira siapa orang tersebut.




 jawapan: hanya akal yang telah dicemari hawa nafsu dan dengki khianat sahaja yang mempercayai bahawa mazhab syiah selaku mazhab kedua terbesar selepas ahlussunnah, yang mengikutnya mencecah 250 juta orang, melakukan aktiviti seks bebas pada malam 10 muharram. ini adalah tuduhan yang paling tidak masuk akal. apakah ada ibu-bapa dari kalangan syiah yang tega membenarkan anak gadis mereka ditiduri mana-mana lelaki yang bukan suaminya? dan adakah si suami rela isterinya ditiduri kawan syiahnya? dan adakah si isteri sanggup meniduri lelaki lain sementelah mengetahui bahwa suaminya juga sedang meniduri perempuan lain di dalam bilik yang sama? kalaulah tuduhan ini betul, maka syiah adalah ajaran sesat yang paling hebat kerana mampu mengumpulkan 250 juta orang yang bersetuju melakukan seks bebas. hakikatnya pintu hauzah-hauzah pengikut mazhab syiah ini tidak pernah tertutup buat orang luar. datang dan bongkarlah sendiri ajaran mazhab ini. tangkapan syiah di gombak tempoh hari juga dilakukan semasa malam 10 muharram. tanya sendiri dengan pegawai jais tu, ade ke orang tengah buat seks bebas dalam tu?




 9) Jibril tersilap memberi wahyu kepada Muhammad


 syiah juga dikatakan sesat kerana mendakwa bahawa jibril telah tersilap memberi wahyu kepada kepada Muhammad s.a.a.w. seharusnya risalah kenabian itu diturunkan kepada Ali.



 jawapan:


 sesungguhnya telah jelas kebenaran daripada kebatilan. tuduhan ini sama darjatnya dengan tuduhan gila yang telah dibincangkan. bagaimanakah menurut syiah, jibril boleh tersilap memberi wahyu, sedangkan menurut syiah juga, Ali adalah tuhan? ini bermakna Ali selaku tuhan telah memerintahkan jibril untuk memberikan wahyu kepada Ali selaku manusia di bumi. dan jibril telah tersilap lalu menurunkan wahyu itu kepada muhammad. yang hairannya, cerita kartun ini berakhir setakat ini sahaja. tidaklah dapat dipastikan apakah bentuk hukuman yang menanti jibril kerana tersilap memberi wahyu kepada ali selaku manusia. adakah tuhan Ali menghukum jibril atau tidak? apakah pembetulan yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh tuhan Ali? siapa Ali, nabi atau tuhan, atau kedua-duanya? kalau Ali itu nabi dan tuhan, siapa pula batu dan kuburan? bermakna, secara rumusan, ajaran syiah adalah ajaran yang bertuhankan Ali, batu, kubur dan bernabikan Ali juga. sungguh ajaib ajaran ini. tidaklah dapat dipastikan keadaan mental seseorang yang mereka-reka tuduhan ini, apatah lagi mereka yang sanggup percaya cerita-cerita ini.





 10) bekerjasama dengan zionis dan Amerika


 puak syiah di iran dikatakan berpura-pura hidup susah, berpura-pura memutuskan hubungan dengan amerika, serta berpura-pura mengalami sekatan ekonomi untuk mengaburi mata umat islam lain bahawa mereka adalah hero islam, walhal pada hakikatnya mereka bersekutu dengan amerika dan zionis. buktinya amerika tidak menyerang iran walaupun iran ada nuklear. kalau amerika benci iran tentu mereka dah serang iran. sedangkan iraq pon boleh amerika kalahkan.




 jawapan: untuk soalan ini, aku akan menjawabnye sendiri. hal ini kerana subjek politik memang kegemaran aku, apetah lagi politik dunia islam, yang aku pelajari daripada seorang tokoh politik islam yang termasyur sekali, al-imam al-mujtahid sheikh shukri shuib al-intaffi. menurut penganalisaan aku, tuduhan itu adalah tuduhan yang melambangkan kecetekan akal serta kedangkalan minda sesiapa yang mengucapkannya, serta segala keburukan itu didarabkan dengan lima bagi sesiapa yang mempercayainya. mengapa? kerana orang yang cita-citanya akhirat akan menggadaikan dunia, dan orang yang cita-citanya dunia akan menggadaikan akhirat. tetapi syiah iran ini, menurut kaca mata penuduh, adalah sebuah bangsa yang tak inginkan dunia dan akhirat. hal ini kerana mereka bekerjasama dengan amerika, yang menutup peluang mereka ke akhirat, tetapi dalam masa yang sama mereka juga menggadaikan dunia kerana merelakan negara mereka dikenakan sekatan ekonomi. sejak revolusi pada tahun 1979 hingga sekarang, iran telah 'berpura-pura' mengalami sekatan ekonomi sebanyak enam kali. selama bertahun-tahun kesatuan eropah 'berpura-pura' menyekat sebarang hubungan perdagangan dengan iran. sejurus selepas revolusi, iran telah 'berpura-pura' berperang dengan iraq yang mengakibatkan kerosakan dan kematian 'pura-pura' yang besar. amerika, selaku sekutu iran, telah 'berpura-pura' menyokong iraq dengan 'berpura-pura' menyalurkan bantuan kepada iraq. saddam husin yang bermazhab sunnah hanya 'berpura-pura' berkawan dengan amerika, walhal iran yang teruk dibantai amerika daripada dahulu hingga sekarang sebenarnya 'berpura-pura' susah. iran, yang dahulunya senang lenang hasil daripada bekerjasama dengan zionis dan britain, telah 'berpura-pura' meninggalkan segala kesenangan mereka untuk 'berpura-pura' memusuhi amerika. hebat betol cerita kartun ni, mengalahkan tom and jerry.


 hakikatnya, kita yang bermazhab ahlussunnah ni yang telah, secara sedar dan tidak, menyalurkan bantuan kepada amerika dan zionis untuk memusuhi islam. siapakah sekutu kuat amerika selain zionis dan britain? tidak lain dan tidak bukan keluarga diraja Saudi. siapakah yang mula-mula mengadakan hubungan diplomatik dengan zionis? tidak lain dan tidak bukan, Mesir yang pada ketika itu di pimpin oleh Anwar Sadat. apakah yang dilakukan oleh arab saudi apabila nyawa rakyat palestin yang bermazhab sunnah diratah? tidak ada. apakah komen ulama wahabi Saudi ketika disuruh memberi komen tentang demonstrasi mengutuk zionis? "haram berdemonstrasi menentang zionis. ia melalaikan kita daripada mengingat Allah" ( CER TEKAN SINI ). apa pula pendirian syiah sesat ni pasal palestin? jangan terkejut, hari Al-quds yang sambut pada setiap jumaat yang terakhir dalam bulan ramadhan tu, rupa-rupanya diasaskan oleh bapak segala kesesatan, iaitu almarhum Ayatollah Khomeini. ( CER KLIK SINI, SINI dan SINI. )




 11) penyucian dosa dengan memukul badan sehingga berdarah



 antara amalan-amalan khurafat yang diamalkan syiah adalah memukul badan sehingga berdarah pada siang hari ashura. pada hari ini, penganut-penganut ajaran sesat ini akan berkumpul, menyanyi sambil memuja-muja al-husain, kemudian memukul badan mereka dengan rantai dan besi sehingga berdarah. amalan ini dilakukan kerana mereka mempercayai bahwa dosa-dosa mereka akan terampun dengan perbuatan tersebut.






jawapan:



 memang ada beberapa kelompok syiah yang melakukan ritual itu di negara-negara seperti pakistan dan sebagainya, tetapi harus diingat, itu adalah budaya, bukan sebahagian daripada ajaran. dan budaya itu dikelaskan sebagai haram, kerana memudaratkan diri sendiri. yang diajarkan kepada pengikut mazhab syiah, adalah mengingati kematian Al-hussain. cucu nabi, penghulu pemuda syurga, yang cerita tentang kematiannya, entah kenapa, tidak pernah digembar-gemburkan oleh saudara kita ahlussunnah. malahan tidak ada dalam silibus pengajian agama di sekolah, tentang kematian cucu nabi ini. ini yang menjadi teras mazhab syiah. ini adalah hari yang paling penting bagi pengikut mazhab syiah. adapun soal memukul badan, ianya jelas haram, akan tetapi manusia-manusia yang degil dan ekstrim terus saja melakukannya.





sudah tiba masanya umat islam sunni dan syiah bersatu menentang musuh-musuh mereka.





musuh-musuh islam tidak pernah membezakan sunni dan syiah.






 saya berkata:



 penerangan - penerangan di atas, walaupun tidak menyeluruh, akan tetapi cukup untuk membuka ruang yang tepu di dalam minda yang beku dan prejudis terhadap mazhab syiah ini. diharapkan dengan terbuangnya mitos-mitos di dalam mazhab syiah ini, akan membuka peluang untuk kedua-dua muslimin ini untuk bersatu, merapatkan saf, meluruskan barisan dan bekerjasama untuk menghadapi serangan daripada musuh-musuh sebenar. sedarlah wahai sunni dan syiah, kita semua adalah ummat islam. tidakkah kalian dengar akan sabda rasul tentang nasib ummatnya yang akan ditimpa fitnah terbesar akhir zaman kelak? bukan keatas tauhid fitnah itu menimpa, bukan juga keatas syariat fitnah itu menimpa, akan tetapi perpaduan ummatlah yang telah runtuh akibat fitnah itu. tidak ada kerosakan yang berlaku terhadap agama islam melainkan kerosakan ummat. tidak ada yang musuh-musuh islam takutkan daripada agama suci ini, melainkan perpaduan ummahnya. sedarlah wahai muslimin, sesiapa yang mengimani kalimat "laailahaillallah muhamadurrasulullah", maka dia adalah seorang muslim. darahnya haram untuk dibunuh. berkewajiban bagi kita untuk menjaga harta, nyawa dan kehormatannya. janganlah terpedaya dengan seruan-seruan batil yang menyeru kita supaya memusuhi satu sama lain, kerana demi Allah yang nyawaku berada di dalam genggamannya, tidaklah musuh-musuh Allah itu membeza-bezakan antara sunni dan syiah, melainkan dihancurkan kedua-duanya. mengapa kita boleh berdamai dengan orang yang mengatakan tuhan itu tiga (kristian), dengan orang yang mengatakan tuhan itu pelbagai ( hindu ), dengan orang yang mengatakan tuhan itu alam (shinto), tetapi kita berkerat rotan dengan sesama muslim yang menyembah Allah yang sama, yang beriman dengan Rasul yang sama, yang menunaikan syariat yang sama, akan tetapi hanya berbeza tentang hal kepimpinan? sedarlah wahai muslimin, sedarlah....sedarlah sebelum terlambat. tetaplah sunni di jalannya, tetaplah syiah di jalannya, akan tetapi dalam soal perpaduan ummah, marilah kita memandang kepada tujuan yang satu iaitu Allah dan Rasul. kembalikanlah kegemilangan islam zaman rasulullah, di mana muslimin berkasih sayang di antara satu sama lain, di mana menjadi seorang muslim bermaksud memiliki seluruh ummah sebagai saudaranya. ingatlah wahai saudara-saudaraku sunni dan syiah....kita telah berperang selama seribu tahun untuk membenarkan pendapat kita, dan hasilnya sia-sia. maka apakah kita harus menunggu lagi seribu tahun untuk benar2 menyedari akan kepentingan kesatuan? mengapakah kita tidak pernah mahu memberi sedikit ruang untuk bersatu? aku seru sesiapa yang membaca artikel ini, hentikanlah usaha untuk memecah belahkan ummah. marilah saudara-saudaraku sunni dan syiah, mari kita bersatu bergabung tenaga. luruskan saf yang telah terputus selama seribu tahun. rapatkan barisan yang telah berpecah selama seribu tahun. lawan musuh Allah yang sebenar yang telah menindas kita selama seribu tahun. bangkitlah wahai saudara-saudaraku.... bangkitlah!





          LA SUNNI LA SHIA, ILA WAHDAH ISLAMIYYAH !!!!














No comments:

Post a Comment