Jun 6, 2011

wujud: suatu pencerahan

selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...

okeh, selamat sejahtera diucapkan buat semua makhluk yang benyawa, di darat mahupun di laut, di langit mahupun di bumi. segala puji bagi tuhan pemilk segala esensi dan eksistensi yang tidak memerlukan kepada suatu apapun, yang mandiri. hari tu saye post pasl wujud, dan minta saudara2 sume cari definisi wujud kan? saya tau ramai yang tak jumpe definisi wujud, ni lah saye nak bagi jawapannye.nak tau ape die? definisi wujud ialah......


                                                         TIADA!



ye, tak de satu apapun dalam kamus manusia yang mampu mendefinisikan wujud. definisi yang saya maksudkan adalah definisi keterangan, bukan definisi seerti. sebagai contoh, apa definisi burung? definisi seerti akan memberikan jawaban bahawa burung ialah sejenis haiwan, manakala definisi keterangan akan memberikan jawaban bahawa burung ialah haiwan berkepak, berbulu pelepah, berkuku, berparuh etc.

okeh, berbalik kepada definisi wujud tadi, seperti yang aku katekan, tidak ade satu perkataan pun yang mampu mendefinisikan wujud. amazingkan? persoalannya,



                                                          MENGAPA??




mengapa tidak ada suatu apapun yang mampu mendefinisikan wujud? semua bende, perkata atau perkataan di dunia ini mampu didefinisikan kecuali wujud. sebelum kita mengkaji berkenaan falsafah wujud, kite kenalah mengkaji terlebih dahulu mengenai falsafah berdefinisi. mengapa kita perlu berdefinisi? apa kebaikannye? definisi bermaksud menjelaskan sesuatu yang kurang jelas, atau kabur. tujuan berdefinisi adelah supaya kita jelas dengan apa yang sedang kita perkatakan atau perbahaskan. tanap definisi, perbahasan akan menjadi kabur, dan tiada penamat. sebagai contoh, dua orang ndividu berdebat tentang motokar dan kereta yang mana lebih baik. maka berdebat la si A dan B ni dari pagi hingga ke petang, mempertahankan poin mereka. si A kata motokar lagi baik, manakala si B kata kereta lagi baik. setelah penat berhujah, datang si C mencelah. "cube korang bagi definisi apa itu motokar dan kereta?" kata C. " kenderaan berinjin beroda empat, punya 5 kerusi" mereka serentak menjawab. " ha, sebenarnye korang sedang memertahankan poin yang sama, motokar dan kereta adelah bende yang sama," kata C. nah, sekarang jelaskan, kalau si A dan B berdefinisi lebih awal, sudah tentu perdebatan yang sia2 dapat dielakkan.


                                                         OLEH ITU,

mengapa wujud tidak boleh didefinisikan? jawapannye, kerana wujud itu adalah suatu keterangan yang sangat jelas, yang sudah tidak boleh didefinisikan lagi. wujud, adalah sesuatu yang tidak kabur. sekiranya sesuatu itu  wujud, ia sudah tidak dipersoalkan lagi. oleh kerana definisi menjelaskan sesuatu, dan wujud itu sudah jelas maka wujud tidak memerlukan kepada definisi.ok. jelas.tiada keraguan lagi. now, skang mase untuk soalan seterusnya:


                                                        MENGAPA WUJUD???

ya, mengapa perlu mengetahui atau memperbahaskan tentang masalah wujud? apa signifikannye dalam kesatuan? apa relevannya? apa motifnya? sabaq la ceq ooiii, pelan-pelan kayuh na....next post aku gtau...till then...babai....

No comments:

Post a Comment