Jun 12, 2011

Islam: Suatu Analisis-Part 3




selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...






assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh jagat. segala puji bagi pemilik alam ini yang berkehendak menciptakan hamba-hambanya yang hina lagi lemah ini. maha suci tuhan yang tidak termanfaat dengan pujian, mahupun termudarat dengan cacian. maha suci tuhan yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. kepunyaannyalah segala yang wujud di langit dan di bumi.






kembali bersiaran dari rumah. hari ni hari ahad. aku bangun lewat. bese la, bujang.....baru pas masak kuah lemak kuning. housemate teringin nak makan, so aku pon bermurah ati la masakkan untuk die, walaupon sedikit cair sebab aku malas nak tunggu lame2 pekatkan kuah tu. ok la tu, janji bole makan...





ade kawan tegur aku pasal blog ni:


"kau letakla gambar sket, kalau tak mengantok orang bace blog ko nanti"



ngantok ke bace blog aku nih? haha, tu la masalahnye. aku ni kalo dah dapat nulih, memang susah nak buat bende laen. tapi takpe la , member punye pasal, aku cube la menceriakan blog aku ni dengan gamba2 yang sesuai dengan post....




seperti yang dijanjikan. sambungan kepada entry 'islam:suatu analisis-part 2'.......di dalam entry tersebut, kita telah membincangkan tentang hujah balas kumpulan sunni terhadap dakwaan kumpulan syiah berkenaan hak kekhalifahan Imam Ali mereka. sekarang, kita saksikan pula hujah balas kumpulan syiah terhadap dakwaan kumpulan sunni pada entry yang lepas.





 ahlul bayt bukan isteri nabi.


pada entry yang lepas, telah dinyatakan oleh kumpulan ahlus sunnah wal jamaah, bahawa surah al-ahzab, ayat 33 diturunkan kepada isteri-isteri nabi secara khusus. buktinya, menurut mereka, terletak pada ayat sebelumnya, ayat 32, yang menyatakan dengan jelas nasihat dan amaran buat isteri nabi. hujah ini juga diperkukuhkan dengan hakikat bahawa dipermulaan ayat pada surah al-ahzab ayat 33 juga menyentuh tentang isteri nabi. dakwaan ini telah dinafikan oleh kumpulan syiah atas beberapa sebab:




asbabun nuzul (sebab turun ayat) menceritakan tentang keluarga nabi.



dakwaan ahlus sunnah wal jamaah bahawa ayat thathir (surah al-ahzab ayat 33) diturunkan khusus kepada isteri nabi merupakan dakwaan kosong yang tidak berasas. hal ini demikian kerana, tidak ada satu ayat al-quran pun yang boleh ditafsirkan oleh manusia biasa, tanpa merujuk kepada asbabun nuzul (sebab turun ayat al-quran), dan azbabun nuzul bagi ayat thathir dengan jelas menceritakan tentang peristiwa kisa'.





  • Hadis Shahih Sunan Tirmidzi menyatakan Diriwayatkan dari Umar bin Abu Salamah yang berkata, “ Ayat berikut ini turun kepada Nabi Muhammad SAW, Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan menyucikanmu sesuci-sucinya.(QS Al Ahzab 33). Ayat tersebut turun di rumah Ummu Salamah. Dari hadis tersebut diketahui ayat ini turun berkaitan dengan peristiwa penyelimutan Ahlul Bait SAW yaitu Sayyidah Fatimah as, Imam Ali as, Imam Hasan as dan Imam Husain as.
  • Hadis riwayat An Nasai dalam Khashaish Al Imam Ali hadis 51 dan dishahihkan oleh Abu Ishaq Al Huwaini Al Atsari. Diriwayatkan dari Saad bin Abi Waqqash Dan ketika ayat ‘Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait, dan mensucikan kamu sesuci-sucinya.(QS Al Ahdzab 33)” turunBeliau SAW memanggil Ali,Fathimah,Hasan dan Husain lalu bersabda Ya Allah mereka adalah keluargaku”.









Hadis Shahih Sunan Tirmidzi itu juga menjelaskan bahwa Ayat Tathir jelas tidak ditujukan untuk Istri-istri Nabi SAW. Bukti hal ini adalah
  • Pertanyaan Ummu Salamah, jika Ayat yang dimaksud memang turun untuk istri-istri Nabi SAW maka seharusnya Ummu Salamah tidak perlu bertanya "Dan apakah aku beserta mereka wahai Rasulullah SAW?"  Bukankah jika ayat tersebut turun mengikuti ayat sebelum maupun sesudahnya maka adalah jelas bagi Ummu Salamah bahwa Beliau ra juga dituju dalam ayat tersebut dan Beliau ra tidak akan bertanya kepada Rasulullah SAW. Adanya pertanyaan dari Ummu Salamah ra menyiratkan bahwa ayat ini benar-benar terpisah dari ayat yang khusus untuk Istri-istri Nabi SAW.
  • Penolakan Rasulullah SAW terhadap pertanyaan Ummu Salamah, Beliau SAW bersabda “ engkau mempunyai tempat sendiri dan engkau menuju kebaikan”. Hal ini menunjukkan Ummu Salamah selaku salah satu Istri Nabi SAW tidaklah bersama mereka Ahlul Bait yang dituju oleh ayat ini. Beliau Ummu Salamah ra mempunyai kedudukan tersendiri. (sumber asal di sini, sumber tambahan di sini, sini dan sini.)




bagi dakwaan ahlussunnah bahawa sahabat lain juga memiliki keutamaan seperti ali, ini adalah jawapan mereka:





hadis-hadis keutamaan sahabat bertentangan dengan sikap mereka.

berkenaan dengan hadis-hadis keutamaan sahabat-sahabat lain, kumpulan syiah menegaskan bahawa status kesahihan hadis tersebut diragui. hal ini kerana di dalam lipatan sejarah, didapati beberapa percanggahan-percanggahan yang dilakukan oleh para sahabat, antaranya:



1) melarikan diri dari medan perang



menurut kumpulan syiah, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa saidina Umar al-khattab dan Saidina Abu Bakr ibn Abi Quhafah telah melarikan diri daripada dua perang, iaitu Uhud dan Hunain.


Surah Ali Imran, ayat 153:




"(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (153)


ayat ini, menurut mereka, diturunkan kepada Rasul s.a.a.w sewaktu perang uhud, berkenaan Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Abu Bakr ibn Abi Quhafah yang melarikan diri dari peperangan. (lihat di sini dan sini.




 menafikan hak fatimah terhadap tanah pusaka (fadak)


peristiwa ini berlaku selepas kewafatan rasulullah. diriwayatkan bahawa, selepas kewafatan rasul s.a.a.w, fatimah pergi berjumpa dengan saidina abu bakr, menuntut bahagiannya daripada warisan nabi, iaitu sekeping tanah yang di gelar fadak. walau bagaimanapun, abu bakr dikatakan menolak permintaan fatimah dengan menyatakan sepotong hadis:





“Kami para Nabi tidak mewariskan emas dan perak tidak juga rumah dan tanah untuk bercocok tanam. Kami hanya mewariskan al-Quran, al-Hikmah, al-Ilmu dan al-Nubuwah. Apa saja yang tertinggal dari kami, maka itu menjadi hak milik pemimpin setelah kami. Dan apa yang menjadi maslahat itu yang bakal diputuskan olehnya."


 lantas fatimah murka dan tidak bertegur sapa dengan abu bakr sehinggalah beliau meninggal dunia. ( lihat sini. bacaan tambahan lihat sini dan sini.





 mempertikaikan keputusan nabi berkenaan sariyyah terakhir.



kumpulan syiah juga mendakwa bahawa keputusan rasul s.a.a.w melantik usamah ibn zaid sebagai komander pasukan sariyyah terakhir menentang rom, telah diingkari oleh umar dan beberapa orang sahabat yang lain. sehingga memaksa rasul s.a.a.w yang ketika itu sedang sakit tenat, keluar dari istirahat dan menggesa mereka mengikut sariyyah usamah bin zaid. (klik sini.)



 ini dan banyak lagi kesilapan para sahabat yang ditemukan mereka, yang menjadi hujah bahawa sahabat tidak layak memegang tampuk kepimpinan. sudah tentu, hujah ini kemudiannya dibalas oleh kumpulan ahlus sunnah wal jamaah.



mampukah matlamat ini tercapai?



sudah tiba masa penganut sunni dan syiah bersatu - gambar hiasan



 ok.stop. hentikan apa jua bentuk emosi yang bakal keluar dari hati anda. ini bukan blog syiah.bukan juga blog sunni. ini adalah blog kesatuan, yang aku cipta untuk mengajak para pembaca, lelaki mahupun wanita, tua mahupun muda, sunni mahupun syiah, untuk sama2  mendiamkan segala perbezaan kita, dan memandang kepada prospek yang lebih bagus, iaitu kesatuan.



 "eh, kite mane bole bersatu dengan syiah ni, dorang ni kapir, sebab die kate ali tu tuhan..."




 mitos



dear readers, berikut adalah mitos2 berkenaan kumpulan syiah yang sama sekali tidak benar.



 1) menganggap Imam Ali a.s sebagai tuhan


 2) menghalalkan darah sunni


 3) diasaskan oleh Abdullah ibn Saba, yahudi dari esfahan


 4) menyembah kubur-kubur dan batu


 5) tidak solat


 6) tidak pergi haji


 7) mencaci maki para sahabat


 8) menghalalkan seks bebas


 9) mengatakan bahawa jibril tersilap memberi wahyu kepada muhammad


 10) bekerjasama dengan Zionis, Amerika dan Britain


 11) menyucikan dosa dengan memukul badan sehingga berdarah dengan rantai dan senjata tajam pada hari ashura



 inilah antara beberapa mitos yang menyemarakkan kebencian ahlussunnah pada syiah. dahulu, semasa aku belum lagi pandai menggunakan otak, semasa aku masih mempercayai bulat2 apa yang disampaikan kepada aku tanpa usul periksa, aku, seperti anda2 semua, membenarkan mitos2 ini. aku percaya bahawa syiah itu sememangnya berada di dalam kesesatan yang nyata. tetapi, apabila baru2 ni media melaporkan tentang penangkapan 200 orang pengikut syiah di gombak, aku jadi terkejut. syiah dah ada di malaysia? tapi kenapa? mengapa?mengapa ajaran yang terang2 kesesatannya, boleh sampai di malaysia? boleh dikatakan semua ajaran sesat di malaysia, hanya memutarbelitkan risalah kenabian dan syariat, tetapi tidak fakta ketuhanan. tetapi ajaran syiah, yang terang2 mengatakan bahawa imam ali adalah tuhan, suatu pernyataan yang tidak boleh diterima akal, tetapi berkembang di malaysia. malah, dianggarkan terdapat hampir 100 000 pengikut ajaran ini di malaysia.


 maka mulalah aku mengkaji. mula2 aku baca artikel2 yang akhbar siarkan berkenaan penangkapan syiah di malaysia. kemudian aku kumpulkan senarai 'kesesatan-kesesatan' yang mereka lakukan. setelah itu aku ke youtube. di sana aku temukan banyak sekali video tentang kesesatan syiah. antara yang paling femes di malaysia ialah video maulana asri tentang kesesatan syiah. antara kesesatan-kesesatan syiah, menurut video tersebut, adalah penganut-penganut syiah ini, pada malam 10 muharram, akan mengadakan seks bebas di dalam bilik gelap, sehingga di katakan ada orang telah secara tidak sengaja melakukan seks dengan ibunya sendiri! masha allah... ajaran ni benar2 dah melampau. syiah perlu dibanteras. perlu dihapuskan dari muka bumi malaysia ni. tetapi masalah dengan aku ni, aku tak pernah beri peluang pade otak aku untuk mempercayai sebelah pihak, walaupun pihak yang bertelagah adalah mak saya sendiri. ni memang habit. so saya pun teruskan misi membongkar kesesatan syiah ni. setelah cukup bukti2 dan keterangan daripada pihak kite, sampai la mase aku nak dengar pulak penjelasan daripada pihak diorang. mcm mane aku dapatkan keterangan mereka? sama-sama kita tunggu next entry....till then, babai...

1 comment:

  1. dakwaan beberapa pihak..bukan dari saya tetapi dari org lain..

    ternyata syiah itu bagus dalam politik,akhlak moral,kepimpinan,keberanian..tetapi akidah mereka itu yg trok itu sahaja..

    dakwaan aku terhadap syiah sbagai seorng yg berakal..
    aku percaya akidah syiah x trok/sesat..pasti mereka ada sebab dan hujah2 tertentu mengapa mereka sedemikian rupa..

    siapalah kita untuk menyatakan mereka ini sesat dan kafir.jika kita menyatakannya mereka sesat tetapi tuhan tidak mengatakan sedemikian rupa..ternyata kita berdosa besar kerana memfitnah(semoga tuhan mengampunkan penyebar fitnah itu)..

    solawat ala muhammad wa aali muhammad.

    ReplyDelete