Jun 9, 2011

Islam: Suatu Analisis

selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...








assalamualaikum dan salam sejahtera kepade semue readers yang sudi menjenguk blog yang serba kekurangan ni. segala puji-pujian dipanjatkan kepada Dzat yang maha tinggi, yang tidakkan mampu dicapai oleh suatu apapun. maha suci tuhan yang maha adil, yang selalu sahaja menerima taubat hamba-hambanya yang mahu bertaubat. maha suci tuhan yang memenangkan orang-orang benar di atas orang-orang salah, walau tidak disukai kafirun.






bersiaran dari rumah pulak. baru pas makan nasik ngan telo dadar dan kentang tumis suhun. arini aku masak bende yang lain dari kebiasaan. salu aku masak kalo tak kari, masak kicap, kalo tak pon sadin. tu je la dok rotate2, sampai rase nak mngamuk pon ade gak dek tlalu boring ngadap bende yang same. aku ingat  nak masak nasik briyani pulak la sabtu ni.menjamu tekak yang dah lame tak makan sedap.





okeh, seperti yang aku janjikan, post kali ni akan membicarakan tentang islam. sebelum saya bermula ada sesuatu yang ingin saya perkatakan.



isu yang ingin dibincangkan di sini adalah merupakan isu yang sangat-sangat sensitif. isu perbezaan. bile saya kata perbezaan, bermakna segala jenis perbezaan yang ade kat dunia umumnya dan di Malaysia khususnya. isu-isu yang saya bakal bincangkan ini berada di dalam bidang kuasa kementerian dalam negeri, dan sekiranya tersalah post, ia boleh menyebabkan saya belajar "ilmu ghaib" selama dua hingga empat tahun. blog saya juga boleh menjadi panas dek komen-komen berapi yang kurang intinya tapi lebih kulitnya. jadi saya mohon, kepada anda-anda yang bakal membaca post ini, supaya melengkapkan diri anda terlebih dahulu, dari segi ilmu, kesabaran dan keterbukaan minda, kerana komen-komen anda (sekiranya ada) di bawah nanti akan menentukan kadar 'kepanasan' blog saya, seterusnya peratus saya dipanggil untuk belajar 'ilmu ghaib'.ok. jelas.






okeh, masuk bab islam. seperti kebiasaan, saya akan mulakan dengan definisi dahulu. apa definisi islam? ANDA SUME BOLEH KLIK SINI. ini adalah definisi daripada pelbagai sumber yang saya kutip kat internet. tapi tu definisi derang. saye pon ade definisi sendiri. pada perspektif saya, islam adalah "satu agama wahyu yang di bawa oleh nabi Muhammad sallallahu alaihi wa alihi wasallam, yang membenarkan ajaran-ajaran wahyu nabi-nabi Allah yang lain, yang berperanan sebagai pelengkap syariat-syariat para nabi sebelumnya, yang mana piling ajarannya adalah kefahaman bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu tidak lain adalah merupakan utusan Allah." menurut perspektif saya, sesiapa yang, mempunyai iktikad sebegini dalam hatinya, dia seorang muslim. perhatikan 2 perkataan ni, iktikad dan muslim.


mengapa saya suruh perhatikan perkataan tu? nanti saya terangkan. selesai definisi, kita beralih pula kepada suruhan-suruhan dalam islam. suruhan-suruhan dalam islam boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya suruhan tauhid, suruhan fekah, suruhan akhlak. apa itu suruhan tauhid? suruhan tauhid adalah seruan, perintah dan ajakan Muhammad selaku duta yang di kirim Allah, bagi mengajak manusia seluruh alam untuk mengenal siapa pemilik alam ini, siapa pencipta mereka semua, mengapa mereka dicipta dan apa misi mereka. semua ini terangkum dalam suruhan tauhid. Muhammad s.a.w diutuskan bagi membantu manusia mencapai pengetahuan tentang tuhan yang esa melalui pembuktian-pembuktian yang telah diwahyukan kepada Muhammad. sesiapa yang dalam kewarasan akalnya membenarkan keterangan ini, maka dia seorang muslim.


suruhan fekah pula bermaksud, apabila seseorang itu, setelah melalui proses pembuktian, membuat pengakuan akal dan hati bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh allah, dia diperintahkan pula untuk melakukan beberapa siri ibadah sebagai tanda pengakuan fizikal dan pembenaran terhadap apa yang telah diperakui di dalam akal dan hati itu. tidak seperti tauhid, ibadah adalah merupakan satu peringkat yang mana logika akal tidak lagi terpakai. hal ini disebabkan ibadah hanya dilaksanakan setelah kepercayaan terhadap kebenaran sang pemerintah ibadah tersebut timbul di hati dan akal. selain dari itu, suruhan fekah juga merangkumi perintah2 untuk melaksanakan hidup mengikut tatacara-tatacara yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul melalui ayat-ayat Allah (al-quran) dan ayat-ayat rasul (hadith). barang siapa yang dalam kewarasan akalnya mengakui adanya kewajiban sebegini, maka dia seorang muslim.


yang ketiga adalah suruhan akhlak. suruhan akhlak pula adalah suatu galakan daripada Allah dan Rasul kepada manusia2 yang sudah lengkap tauhid dan fekahnya, untuk menambahkan 'finishing' atau sentuhan terakhir yang melengkapkan mereka sebagai insan mulia, sesuai dengan tujuan asal penciptaan mereka. walaupun tiada tuntutan kewajiban dalam suruhan akhlak, ia merupakan bonus kepada mereka-mereka yang bersetuju dengan dua suruhan yang awal tadi, dan adalah sangat digalakkan untuk mengamalkan suruhan akhlak ini bagi meningkatkan maqam mereka di sisi tuhan. antara suruhan-suruhan akhlak adalah hormat-menghormati, berkasih sayang, bantu membantu, murah hati dan sebagainya. barang siapa yang dalam kewaraan akalnya mengakui ada galakan sebegini, maka dia seorang muslim.



bersambung.... 













p/s: gud luck diucapkan kepade 'awak' yang bakal menduduki peperiksaan esok. buat elok2 ye!

No comments:

Post a Comment