Jun 7, 2011

teori kewujudan tuhan

selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua makhluk ciptaan yang berselerakan di bumi tuhan yang tercinta ini. segala puji bagi tuhan pencipta sekalian alam, dengan qudrah dan iradahnya maka alam ini menjadi dan tertadbir dengan hanya kalimah 'kun'. maha suci tuhan yang tidak menyerupai kepada sesuatu apapun yang bisa dibayangkan oleh akal. maha suci tuhan yang bakal membangkitkan kita bersama amalan-amalan kita di hari kiamat kelak.




ok, selamat pagi. aku bersiaran dari ofis tempat aku praktikel ni. sebagai budak prektikel mmg tak banyak pon keje2 yang nak dibuat, so aku mengambil kesempatan ni untuk update blog aku ni....bestnye jadik budak praktikel, keje tak banyak, mase banyak, bole update blog...




ok, pade post yang lepas kiter da selesai berbahas tentang wujud, konsep dan falsafahnya. clear. sekarang aku nak membahaskan tentang teori kewujudan tuhan pulak.listen very carefully. eh, ade ke listen, read very carefully, sebab perbahasan ni sangat la memeningkan kepale....




soalan pertama;     APA MAKNA TUHAN??





apa maksud tuhan?ape yang kite faham dengan tuhan?siapa tuhan tu?ape karekteristik die? ha, poning da ekau menjawab...



dari segi definisi, tuhan bermaksud suatu kuasa yang paling agung yang memiliki atau menguasai atau punca segala-galanya. ini definisi aku tentang tuhan...bukan definisi aristotle, socrates, voltaire, plato, aesop, ibnu khaldun dan lain2 lagi. ni definisi aku, berdasarkan kapasiti aku sebagai pelajar degree. tak perfect definisi ni, aku tau, ade lagi definisi yang perfect diluar sane, tapi aku rase cukuplah definisi ni untuk memberi light kat otak anda sume tentang ape yang aku nak smpaikan sat gi. ok, selesai soal definisi.skang, main question,





adekah, tuhan yang maha kuasa ini, yang maha suci ini, yang pemilik sekalian alam ini,






WUJUD??






ya, sume orang yang beragame akan mengatakan wujud, tapi ade sekelompok orang kat dunia ni mengatakan tuhan itu tidak wujud, atau kewujudannya diragukan. mereka ialah atheism dan agnosticism.atheism menolak idea yang mengatakan tuhan atau sebarang 'divine power' wujud dalam realiti, manakala agnostik pula mengatakan bahawa wujudnya tuhan atau mana-mana kuasa agung adalah bersifat tidak pasti. sekarang, mcm mane kite nak membatalkan pendapat ini?? puak - puak yang beragama selalu mengemukakan dalil2 dari kitab suci mereka sebagai hujah membuktikan kewujudan tuhan. islam dengan al-qurannya, hindu dengan vedanya, buddha dengan sutta pittakanya, kristian dengan biblenya dan judaism dengan torahnya. namun semua ini tidaklah bermakna kerana MEREKA TIDAK PERCAYA TUHAN.




ye, mereka tidak pecayekan tuhan. Allah, Buddha, Jesus, Brahma,Vishnu, Shiva, Yahweh,semuanya. oleh kerana mereka tidak mempercayai tuhan, lantas bagaimana mereka nak percaya kata2 tuhan (the word of god) yang dimanifestasikan dalam kitab2 suci?ini sememangnya mustahil. jadi apa pegangan mereka? pegangan mereka hanyelah akal logika sahaja. mereka hanya mempercayai sesuatu yang dibuktikan oleh akal mereka, tidak bende lain. jadi macam mana kita nak menentang pendapat mereka sedangkan senjata konvensional kita, iaitu al-quran, tidak diiktiraf di medan peperangan ideologi semasa??? jawapannya.....






                                                   TUNGGU.......





till then, babai.....

No comments:

Post a Comment