Jun 14, 2011

Mitos

selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...





assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada seisi alam buana, yang berjisim mahupun tidak, yang nyata mahupun sembunyi, yang hidup mahupun mati. segala puji bagi tuhan pencipta sekalian alam, yang dengan kekuasaannya berkenan melontarkan tali-tali penyelamat umat manusia yang terentang dari langit ke bumi. maha suci tuhan yang tidak putus-putus memberikan hidayah dan rahmat buat hamba-hambanya, walaupun sedikit sekali dari mereka yang bersyukur. maha suci tuhan yang berkenan menurunkan asma'-asma'Nya yang mulia sebagai pembawa perkara perintah, yang dengan rahmat dan rahimnya, maka sekali-kali tidak Dia membinasakan dunia ini sebelum hari pembalasan.







bersiaran dari rumah. malam tadi masak sardin je sebagai lauk dinner. dah name orang bujang, memang sadin dengan telor je la menu hari2. tu pon rotate untuk mengelakkan bosan. tak sampai sebulan dok sini, kebosanan dah menjalar kat setiap pembuluh darah aku. walaupon aku ni seorang yang biase hidup dengan kebosanan, tapi kebosanan kat sini lain macam...kebosanan kat sini sangat menggigit urat2 jantung. tapi nak wat cm mane kan, kene tahan jugak sampai 4 bulan....






ok.pada entry yang lepas, kite dah berbicara panjang lebar tentang sunni dan syiah, punca-punca perselisihan dan argumen2 yang dibentangkan, dan aku juga dah berjanji nak buat entry pasal mitos-mitos dalam syiah. so this is it. hari ni aku nak sambung balik entry lepas, berkenaan cm ne aku dapat maklumat tentang syiah. setelah aku mengumpulkan bukti-bukti 'kebenaran', aku pun mengembara ke seluruh dunia, mencari kalau2 ada orang-orang syiah yang boleh aku minta penjelasan. dunia yang aku maksudkan adalah dunia maya, atau internet. lalu aku pun menjarah setiap sudut laman sosial yang ada, mencari setiap kontek yang reliable. setelah mencari dan mencari, akhirnya aku bertemu dengan seorang mamat ni, dad (bukan nama sebenar). dad ni seorang yang truth seekers mcm aku gak. setelah melalui proses mengenal hati budi masing-masing, die setuju nak bawak aku jumpe seorang syiah ni, encik R (kompem bukan name sebenar gak).




setelah melalui proses ujian kebolehpercayaan, finally encik tu berkenan nak jumpe aku. so kami pon berjumpa di suatu tempat di selangor. setelah berkenal-kenalan sekejap, aku mule mengemukakan hujjah. berikut adelah penjelasan yang aku dapat daripada encik R:




1) Ali sebagai tuhan


tuduhan paling asas terhadap ajaran syiah. golongan syiah dianggap sebagai kafir oleh sebahagian orang kerana mereka menganggap Ali sebagai tuhan.



jawapan:


adalah suatu yang sama sekali tertolak dengan akal apabila ada ajaran yang mengaku islam tetapi menolak keesaan Allah yang maha esa. bagaimana syiah boleh mengaku islam kalau awal-awal lagi mereka dah menyalahi definisi islam. apa definisi islam? cube bukak wikipedia. sedangkan orang putih kat dalam wiki tu pon tau apa definisi islam, maka bagaimana syiah boleh memperdaya 250 juta pengikutnya di seluruh dunia dengan mengatakan Ali itu tuhan? budak lepasan SPM pon takkan percaya. hakikatnya ajaran syiah, sama seperti ajaran kita, mengaku bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu rasul Allah yang terakhir. tak de rasul lagi selepas muhammad. barang siapa yang menafikan Allah sebagai tuhan yang esa, maka dia bukan islam. barang siapa menafikan muhammad sebagai Rasul terakhir, juga bukan islam.




2) menghalalkan darah sunni


dakwaan yang menduduki carta kedua paling popular selepas "ali sebagai tuhan". ade sesetengah rakyat ahlussunnah, termasuk aku sekali, yang pernah mempercayai tuduhan ni. maunye tak cuak, di kokaknye teman nanti tak ke naye. menurut syiah, darah ahlussunnah adalah mubah(diperbolehkan), dan membunuh ahlussunnah sama pahalanya seperti membunuh cicak pada malam jumaat.


jawapan:


adalah suatu pendapat yang ironi pabila sebahagian saudara kami daripada kalangan ahlussunnah menyatakan pendapat sedemikian walhal dalam hakikat sebenar darah syiah yang ditarah di merata-rata tempat di seluruh dunia. mana mungkin minoriti melancarkan perang ke atas majoriti. majoriti kerajaan islam di dunia bermazhab sunnah, majoriti rakyatnya juga sunnah, tapi yang menindas mereka minoriti? sangat paradoks sekali. hakikatnya pengikut ajaran syiah, dalam tidak sedar telah dihalalkan darahnya oleh sebahagian orang yang tidak mengerti.di sebahagian negara-negara arab, hakikat bahawa anda penganut mazhab syiah menyebabkan anda dihina, kehilangan kerja, terancam nyawa dan sebagainya. lagi satu, siapakah durjana yang menutup pintu kepada mangsa2 di Palestin semasa bumi al-quds diserang oleh israel laknatullah? tidak lain dan tidak bukan, Mesir dan Jordan, yang sampai hati menghalalkan darah saudara-saudara kita di Palestin dengan menutup pintu sempadan dan menghalang bantuan perubatan masuk ke dalam palestin. di mana 'penaung' ahlussunnah, iaitu Arab Saudi? mana keterangan mengutuk serangan palestin? siapa yang memberi bantuan terbesar kepada palestin? carilah sendiri.












bersambung di entry akan datang.....













p/s: ngantok.esok nak keje.

No comments:

Post a Comment