Jun 8, 2011

teori kausaliti





selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...










assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang sudi membaca tulisan ini. segala puji bagi tuhan, pemilik keagungan arasy, yang dengan Dzatnya yang maha pengasih telah berkenan menciptakan makhluknya dengan pelbagai jenis rupa bentuk, yang tidak putus2 memuji keagunganNya. maha suci tuhan yang terpelihara dari kebersamaannya dengan segala makhluk, maha suci tuhan yang tidak menyamai dengan suatu apapun yag bisa di tanggapi oleh akal...












bersiaran lagi dari opis, tempat aku berpraktikel. walaupun malam tadi tido lambat (pukul satu je pon), ditambah dengan salakan anjing yang bingit menyebabkan aku tejage, still aku bangun untuk p keje...alhamdulillah, aku semakin jelas dengan flow otak aku. kalo tak, sebelum ni serabut, banyak bende aku nak citer kat korang sampai bersepah sume tak tersusun. skang aku dah susun elok2 sume topik, tinggal nak taip je....




pade perbahasan yang lepas, kite da sembang sket pasal logika. bagaimana akal merupakan sebuah kesatuan medium dalam berhujah. bagaimana akal bisa menundukkan lawan dengan logik yang dipersetujui bersama. tiada guna memikul berbuntil-buntil buku, jurnal dan rujukan kalau akhirnya pihak lawan mengatakan "saya tidak percaya dengan rujukan anda", buang maso dan tenago je ngangkat bende2 tu sume. contoh la kan...cukup sekadar kite berhujah menggunakan akal, suatu wasilah yang dipersetujui semua kelompok di dunia.ok. jelas. skang kite sambung pulak perbahasan aritu..


aritu kita da citer pasal sebab-akibat. proses sebab mendahului akibat ni digelar sebagai teori kausaliti. toksah la tanye dari mane dapat name kausaliti, tak penting pon dalam perbahasan. setelah berhujah dengan panjang lebar tentang konsep akibat didahului sebab ni, kite kna tengok pihak atheist dan agnostik ni setuju atau tidak. kalau setuju, boleh terus ke peringkat seterusnye. kalau tidak, maka ulang semula step dekat last post dengan contoh lain. tapi tak mungkin dorang tak setuju sebab golongan atheist dan agnostik (selepas ini dikenali sebagai aa, penat aku nak taip name dorang yang panjang tuh) ni sume bergantung 100% kat akal logik dorang. cume masalahnye dorang menilai benar tu sebagai physically appeared or approved, bukan main konsep kat paleotak..(yang akan kite patahkan nanti).


okeh, aku rase tak ramai atheist menolak gune akal, so kite proceed kepade senario yang seterusnya iaitu mereka setuju.(kalau ade readers yang tak setuju boleh tanye kat ruangan komen,nanti aku jawab). jadi persoalan pertama telah terjawab iaitu semua yang terjadi, mesti berpunca. sekarang kita teruskan dengan persoalan yang kedua, iaitu adekah sebab - akibat yang terjadi hasil daripada alamiah atau terancang. golongan atheist yang bersetuju dengan teori kausaliti akan berhujah dengan hujah kedua iaitu semua yang terjadi memang melalui sebab akibat, tetapi ia terjadi secara alamiah ataupun semula jadi tanpa wujud 'sesuatu' yang merancang kejadiannya. mereka memberi contoh yang paling femes, iaitu sekeping daging yang busuk akan tetap berulat meskipun tiada campurtangan sesiapa untuk menambah sebarang pembolehubah ke atas daging itu. hukum ini mereka namekan sebagai spotaneous law (betui ke aku ngejanye) atau hukum spontan. golongan cetek akal ni sangat taksub dengan hukum ni, dan mendakwa big bang adelah bersifat alamiah.





ha, macam mane nak lawan hujah2 mereka ni????




untung le korang aku da summarize kan untuk korang sume. tak yah nak perah otak sampai luka2 nak carik jawapan. meh sini aku bagi. jawapannye terletak pade definisi spontan itu sndiri. ape makne spontan? ni masalah ngan aa, cakap sume pandai, tapi definisi spontan pon tak tau. kalo ikut kamus dorang, ade lebih kurang 4 pengertian bagi spontan, cer tekan kat sini. AKAN TETAPI, dekat link yang same tu jugak, kalau tuan2 tengok, ade diselitkan asal - usul perkataan spontan, iaitu berasal daripada perkataan latin, "one's own accord" atau dalam bahase mudahnye 'ikot suke abah die'. secara ringkasnya, spontan, mengikut definisi asal, bukan definisi dorang, bermaksud sesuatu yang dilakukan tanpa perancangan. ini adelah pernyataan yang paling tepat bagi menggambarkan perkataan spontan. sekarang ni nak tanye la kat tuan2 la kan, apekah rupe bentuk sesuatu kejadian yang dihasilkan mengikut hukum 'ikut suke abah die' dan 'tanpa perancangan'?? hasilnye pastilah sesuatu yang bongok, bodoh dan tolol yang tak boleh diiktiraf sebagai sesuatu bende berfungsi. di berikan contoh, bolehkah seseorang menghasilkan puisi secara spontan? tuliskan 10 set abjad2 dari A sampai Z, kemudian ambik segenggam abjad2 yang telah ditulis dan digunting, dan campakkan, taburkan, tanpa perancangan, ke atas sehelai kertas putih suci. ini adelah sebenar-benar spontan. tanpa perancangan. without prior planning kate orang malim nawar. apekah hasilnye? adekah sebuah haiku 6 rangkap yang indah tersusun atau sebuah sampah yang menanti untuk di bakulsampahkan? jawapannye? pastilah the latter. takde satu bende pun yang bole terjadi tanpa perancangan.takde.zero. semua bende yang berfungsi memerlukan perancangan. diulang. semua bende yang berfungsi, mempunyai fungsi, berguna, semuanya dihasilkan melalui perancangan. hanye sampah je yang boleh terjadi tanpa perancangan. tu pon kne campak kat tanah dulu (sebab) baru jadi sampah (akibat).
ok. jelas. hipotesis null tertolak(da mcm statistik untuk sains sosial plak). jadi statement kedua yang dipersetujui adelah semua perkara, benda, kumpulan, entiti, yang berfungsi, adalah tercipta, diciptakan, dihasilkan, melalui perancangan.



ok, sekarang da 2-0. ade satu lagi yang perlu di jelaskan kepade mereka, sebelum kita beroleh kemenangan yang ketiga. persoalan tentang hukum semula jadi. sekali lagi, kita lihat kepade definisi hukum. ape itu hukum? hukum ialah aturan. ape itu aturan?aturan ialah undang-undang. ape itu undang-undang? kalo mengikut definisi dorang, cer try klik sinisini dan sini, law, order, rule, dan lain2 perkataan yang sama waktu dengannye menjelaskan tentang aturan yang DITETAPKAN ke atas sesuatu entiti berfungsi atau functional entiti, untuk mencapai objektifnya. ade tiga pemboleh ubah yang terlibat salam sesuatu hukum, atau aturan, atau order, iaitu:




  1. penetap nilai/hukum/aturan/ketetapan/undang-undang
  2. entiti yang dikenakan nilai tersebut
  3. matlamat


tutup mate kat nombor 2 dan 3, then fokus kat nombor 1. menurut definisi dorang, setiap bende, entiti, kumpulan, gajet atau ape sahaje yang berfungsi, haruslah ade aturan untuk die berfungsi. aturan itu pula harus datang daripada penetap nilai, atau pencipta undang2 tu, dan hanya setelah itu barulah fungsi tersebut mencapai tujuan atau matlamat. equationnya bolehlah dinyatakan seperti berikut:



setiap entiti yang mempunyai fungsi atau tujuan atau matlamat, haruslah mempunyai aturan, dan setiap aturan haruslah datangnya dari pemberi aturan atau pencetus entiti (sebab) atau punca terciptanya entiti berfungsi tersebut.


jadi, cm mane nak relatekan sume ni dengan teori kewujudan tuhan? teori kewujudan tuhan mengatakan setiap akibat didahului oleh sebab, dan segala-galanya yang wujud di alam ini adalah sebuah wujud (akibat ) yang WAJIB didahului dengan sebuah wujud (sebab) yang lain, dan setiap wujud yang berfungsi dan punya aturan yang berkesinambungan, maka punca aturan yang berkesinambungan itu datangnya dari wujud (sebab) yang mendahului penciptaan wujud (akibat) tersebut. dan untuk semua ini berfungsi, wujud (sebab) yang menjadikan wujud (akibat) perlulah punya kebolehan untuk menetapkan daya, atau aturan, atau fungsi kepada wujud yang diakibatkannya. dalam konteks ini, terma 'semulajadi atau spontan' tidaklah terpakai kerane kedua2 tersebut tidak mempunyai daya untuk menetapkan aturan atau fungsi keatas sesuatu yang lain.


jelas?clear?ke masih pening-pening lalat lagi?



aku bagi contoh la, senang sket. engkau cipta kereta.skang ni, apekah matlamat penciptaan kereta engkau tu?hiasan?sampah?atau berfungsi sebagai pengangkutan? kalau jawapannya berfungsi, maka pasti akan ada aturan atau ketetapan atau setting yang kau tetapkan untuk bende tu mencapai fungsinya.skang ni bole tak keta tu berfungsi secara so called alamiah? boleh tak? kalau boleh, maka engkau adalah pemilik syurga dan neraka, kerana selagi kau berada di dunia, bende tu tidak bole berfungsi secara alamiah. maka engkau pon menetapkan aturan-aturan untuk kereta tu mencapai fungsi. maka bergeraklah kereta tu dengan jayanya, mencapai fungsi yang engkau inginkan, semuanya atas hasil ketetapan yang kau aturkan. now, soalan aku: bole ke sume ni terjadi kalau engkau takde keinginan untuk mencipta kereta? bole ke? bole? pasti tak boleh kan? kenape tak boleh? mane pegi hukum alamiah la, spontan la, santan la, yang aa agung2 kan tu?mane? jawapannye kerane, wujudnya kereta tu(akibat) adelah didahului oleh wujudnya pencipta kereta tu (sebab), dan sebab(anda) takkan menjadikan aturan kepada akibat(kereta) tu kalau die sendiri tak punya keinginan kepada akibat(kereta) yang bakal dihasilkan tu.



jelas?clear?ke tak clear?kalo tak clear ko tanye je la kat ruang komen, nanti aku jawab.







maka selesailah perbahasan kite tentang teori kewujudan tuhan. cume tinggal nak relatekan dengan alam semulajadi kat dunie ni, yang aku akan sampaikan dalam post yang akan datang. penat tau nulih panjang2..






till then, babai....






















p/s: nak bace novel jap.

2 comments: