Jun 8, 2011

LOGIKA: PERKAKAS MENGENAL SANG PENCIPTA

selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...






assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua penghuni langit dan bumi, yang ghaib mahupun yang terang. segala puji buat Zat yang maha agung yang terpelihara daripada sekutu, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, yang dengan iradah takwiniyyah dan tasyrieyyahnya dapat kita merasa nikmat beragama dan menjalani hidup berpetunjuk...



 ngantok tapi tak bole tido is the situation that best describe aku. walaupon da seharian keje kat pejabat daerah dan tanah ********, dan baharu saje melantak sepinggan nasi belauk sadin, which is our lauk for months to come, still aku tak boleh tido. member aku, meanwhile, letak pale terus ninggal, tak sempat makan pon.untung le jadik kau, bile2 mase pon bole tido. jadi alang2 tak bole tido ni, baek la aku ngepost pasl sambungan perbahasan kite aritu, iaitu mengenai topik kewujudan tuhan.



seperti yang telah diperkatakan sebelum ni, orang-orang yang menganut fahaman atheist menyatakan bahawa mereka itu tidak percaya tuhan, satu pernyataan yang pelik dalam dunia epistemologi (akan dibahaskan nanti), manakala agnostik pula menyatakan kewujudan tuhan itu sesuatu yang kabur, subjektif, fiksyen, mitos tradisi open to interpretation dan seangkatan dengannya. sekali lagi aku tnyekan soalan ni: ape relevannya sume ni dengan konsep kesatuan yang aku nak bawak ni? ape signifikannya?




signifikannya ialah, sebelum kita nak bersatu, kita haruslah terlebih dahulu menyedari bahawa terdapat perbezaan-perbezaan yang jelas antara kita. bahawa kita hidup di dunia ini bukanlah homogenus, sebaliknya terdiri daripada, puak2, etnik2, tribal2, kabilah2, faksyen, suku2, kumpulan2 dan yang paling teras, agama2.
mengapa allah ciptakan perbezaan? tidak lain hanyalah supaya kita saling bertaaruf dan merasai nikmatnya didunia. adalah sangat membosankan sekiranya semua penduduk di dunia berbangsa melayu contohnya. ia boleh diibaratkan seperti makan nasi berlaukkan gulai lemak ayam for 30 years. cm mano rasenye? mesti rase nak muntah kan? ha, cam tu la konsep diversiti manusia ni. kalau bloggers yang ala2 syukur 21 ni mesti da post ayat-ayat quran untuk mengukuhkan hujah, tapi aku tanak la post cenggitu.ok, da tlajak lagi.




kembali kepada persoalan atheist dan agnostik, cmane kite nak buktikan kewujudan tuhan tanpa menggunakan sebarang sumber bertulis? kepada apakah hujah kita nanti boleh disandarkan? jawapannye,




                                            AKAL.



ye, akal. akal adelah satu2nya anggota badan yang manusia percaya.akal adelah satu2 kesatuan manusia.akal adalah bibliografi yang paling mantap. akal adelah 'tools' manusia untuk mengenal sesuatu. dan bahasa bagi akal adalah logik. bukan intuisi. bukan yakin membuta tuli. hanya logik yang bisa difahami akal. dan tiadalah tuhan menciptakan akal melainkan sebagai alat untuk manusia mengenalinya. walau apapun, sebelum berbahas, pihak lawan haruslah terlebih dahulu bersetuju untuk menggunakan akal. kalau tidak, sampai kiamat takkan habis, sebab medium tak same. persetujuan ke atas sesuatu medium adelah syarat pertame dalam perbahasan, kalau tak baek takyah. buang maso je. kalo tengok perbahasan peringkat tinggi mane pon, takdenye dua orang berbahas menggunakan bible dan quran serentak. memang sampai esok pon tak habeh. ok. jelas.



jadi, seandainya atheist dan agnostik setuju menggunakan akal, maka kita bolehlah memulakan perbahasan dengan menanyakan mereka tentang soalan yang pertama, iaitu: setuju atau tidak, bahawa mengikut logika akal, setiap yang terjadi (akibat) terhasil daripada punca (sebab). setiap akibat memerlukan sebab. kita sebagai manusia yang memiliki akal yang waras, tidak dapat tidak, akal tidak boleh menolak bahawa tiade satu ape pon yang tercapai dek pancaindera manusia, yang kejadiannya tidak didahului oleh sebab. diberikan contoh: - adakah anda percaya bahawa desktop atau laptop anda terjadi sendiri atau ada penyebab yang menjadikan laptop anda itu sebuah laptop? contoh lain, ambil sesuatu, misalnya cawan, dan letakkan di atas meja. kemudian fikir: adekah cawan tu berade di atas meja dengan sendiri, atau ada daya atau force yang dikenakan ke atas cawan itu yang memaksa ia untuk berada di mana dia berada? jawapannya hanya satu: the latter. tidak ade yang bisa bergerak, berjalan, bercantum, berasimilasi, berproses, dan segala jenis ber lagi tanpa didahului oleh sebab. jika dikembangkan analogi, proses luluhawa, penghabluran, pemfosilan, dan segale jenis pem lagi kat dunia ni, yang mereka katekan sebagai natural occurrence tu, adelah sebenarnye suatu sebab musabab yang mendahului sesuatu hasil atau akibat. korang ni paham ke tak ni, ke da biol memikior kan ape yang aku tulih ni?ok la, aku pon da letih ni, nak tido esok nak keje, dah le punch kad aku asek merah je...till then babai.oh ye, post ni akan bersambung pagi esok, tunggu ye....
















p/s: rase nak makan megi pulak.hadoii....

No comments:

Post a Comment