Jun 9, 2011

TEORI KAUSALITI (FINAL)

selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...





hai, dan selamat sejahtera diucapkan kepade semua orang yang lalu-lalang kat blogspot yang serba bizi nih. segala puji dan sembah bagi tuhan pemilik masa dan ruang, yang dengan kasih sayangnya yang maha luas, telah menjadikan kita dalam rupa bentuk yang sedia ada. maha suci tuhan yang berkenan memantulkan wilayah takwiniyyah dan tasyrieyyahNya yang maha agung ke atas jasad2 suci pilihan sebagai panduan dan contoh tauladan bagi umat manusia untuk mengenal sang pencipta. maha suci tuhan yang tidak tercapai kepadaNya segala puji-pujian, melainkan kepada kitalah manfaat pujian itu kembali.








hari ni hari kamis. hari berbaju batik kat opis. tapi aku tengok cm takde orang je yang pakai, sume pakai baju biase. aku memang takde baju batik, tak beli pon, so aku pakai je la baju kemeja due lai yang aku rotate tiap2 ari tu. arini pepagi dah melantak nasik lemak.due kali plak tu. sekali mase lpas punch kad td, makan kat kantin. pastu dok kat opis 5 minit, datang ADO suh aku ngan member aku g tgk ceramah integriti. so aku pon pegilah.....ingatkan betol la ade org ceramah, rupenye ceramah gune video conferens. hadirin kat dalam bilik mesyuarat tu memang ramai, iaitu aku, member aku dan teknisyen kompiuter.ramai sungguh. lepas aku dduk jap denga ceramah yang sangat boring tu, datang si zamani (kawan opis) ajak g blakang. ingatkan ape la yang ade kat blakang tu, rupenye sarapan. udah melantak lagi kami bertige. aku makan lagi, peduli hape aku. pas makan, dok kejap, pastu masuk balik opis. ni la aku kat depan monitor skang, ngapdet blog.






pade hari semalam(ape aku cakap ni), aku ade janji nak relatekan sikit teori kausaliti dengan alam sekeliling kite. ni la aku nak relate ni. kite amek contoh mudah la ye......pokok. kenalkah anda sume dengan pokok? ye, pokok. pokok adelah tumbuhan. apekah fungsi pokok? pokok berfungsi sebagai bahan makanan untuk makhluk lain. lagi ape fungsi pokok? pokok berfungsi membekalkan oksigen kepade makhluk lain. cm ne pokok berfungsi? die ade akar, daun, dan batang pokok. akar pokok serap air dari tanah, bawak ke seluruh bahagian pokok. daun die pulak serap cahaye matahari, buat makanan dan anta ke seluruh bahagian pokok.batang die pulak sebagai jambatan untuk akar dan daun berfungsi. persoalannye:



1) adekah secara kebetulan, pokok itu terjadi?

2) adekah secare kebetulan pokok itu mempunyai manfaat kepade manusia?

3) adakah secara kebetulan juga pokok itu mempunyai aturannye yang tersendiri yang tetap dan tidak berubah-ubah?

4) kalau jawapan bagi persoalan di atas semuanya kebetulan, maka:

5) kebetulan hanya terjadi sekali, dan tidak sentiasa berulang-ulang dalam paten yang tak pernah gagal. akan tetapi, pokok-pokok di muka bumi ini sentiasa tumbuh dan berfungsi dengan corak yang sama bagi spesisnya. maka:

6) apakah penjelasan yang terbaik bagi menjelaskan fenomena pokok yang sentiasa tersusun dalam menjalankan fungsinya?


tuan-tuan sekalian, akal yang sehat pasti menolak suatu kebetulan itu berulang2 dalam paten yang same, melainkan ade aturan yang menetapkan 'settingnye' untuk jadi begitu. ate udah namenye setting, ketetapan, mestilah ade yang netapkannye, tak gitu yob?



contoh lain teman bagi nak kasi jelas kat otak mike-mike sume. cer tengok kejadian lelaki dan perempuan. adekah kebetulan yang menjadikan lelaki dengan alat reproduktif yang bersifat luaran? adekah kebetulan yang menjadikan pompuan punye alat reproduktif bersifat dalaman? kalau kedua2nya kebetulan, seharusnya takde kaitan antare alat reproduktif lelaki dan perempuan. tapi ngape alat reproduktif lelaki tibe2 ngam pulak bile di kombinekan ngan alat reproduktif pompuan. dah tu, kebetulan pulak kombinasi tu menghasilkan bebi. dah la tu, tibe2, kebetulan pulak yang mak tu tibe2 boleh ade susu untuk bebi tu, mcm tau2 je bebi tu perlukan susu. macam dah rancang je. tapi ngape tersusun sangat kebetulan ni ye? dan aturannye tak penah berubah plak tu?




ha, itu la persoalan yang puak2 atheist ni bejanggut nak jawab. nasihat aku pade aa ni, toksah le perah otak carik jawapan, jawapannye ade kat aku. kebenaran itu satu, bukan dua mahupun empat.




ok.settle da persoalan kewujudan tuhan yang kiter buktikan dengan teori kausaliti. ade aku sebut ayat quran ke dalam perbahasan ni?takde kan? pakai otak je nak kenal tuhan. tapi dengan syarat, otak korang harus dibebaskan terlebih dahulu dari segala belenggu yang membelenggu. free your mind.barulah boleh menikmati kecerdasan otak pade kadar 100%....








ok.jadi, tidak kire siape pon anda, setelah melalui perbahasan ini, anda sudah akur untuk mengakui bahawa ada satu kuasa yang mentadbir alam ini dengan kesengajaan. ada suatu kuasa yang mentadbir alam ini dengan aturan dan ketetapan. semua yang berfungsi di alam ini adalah dicipta oleh suatu kuasa yang mencipta.satu kuasa. tak kesah la ko nak panggil ape, tapi yang penting, setakat perbahasan ni, kau harus mengakui bahawa wujud satu kuasa, yang berkeinginan, yang berkehendak, yang mentadbir sekalian alam ni. kalau ko nak jugak percaya sebaliknya, itu terserah, kebebasan memilih, tapi kau takde hak untuk mengatekan tindakan kau betol kerana aku telah menang hujjah ke atas engkau. kebenaran itu satu, bukan dua mahupun empat. ok lah, selesai. aku tanak sentuh lagi pasal ni. lepas ni korang tanye je kat komen, nanti aku jawab. ok lah, post selanjutnye kiter akan mengupas satu persatu tentang ajaran ajaran yang terdapat di bumi ni. lagi pening dari ni. trust me. till then, babai.....













p/s: pasni kite masuk bab islam. harap2 aku tak masuk ISA.

No comments:

Post a Comment