Jun 6, 2011

Allah: pemilik segala wujud

selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua makhluk sekalian alam, baik di alam nyata mahupun alam malakut, mahupun alam jabarrut. segala puji bagi tuhan, pemilik segala eksistensi dan esensi yang dengan iradahnya maka siang dan malam silih berganti, hujan dan panas taat bekerja, alam beroperasi dengan teratur dan kita merasa nikmat hidup. pade post yang lepas aku dah bincangkan tentang wujud, definisinya dan falsafahnya dengan serba ringkas. harap datang kefahaman pade korang sume. kalo tak faham tanye, jgn segan. ok, without further ado, kite sambung dengan perbahasan seterusnya, iaitu kepentingan wujud.




                                        mengapa wujud penting?











kenape aku beria-ia ajak korang bahas pasal wujud, kan ke elok kalau aku terus je pegi straight to the point??KAN SENANG???memang senang, dan ini jugalah yang selalu dibuat oleh barat dalam sesuatu penghujahan,iaitu pergi kepada point, atau pucuk kepade persoalan, tanpa terlebih dahulu menjawab persoalan - persoalan dasar kepade sesuatu permasalahan. para sarjana-sarjana barat telah berjaya memecah-belahkan struktur idea, emosi, keperluan, kehendak, akhlak, adab, moral dan syariat manusia kepada beribu gagasan idea atau school of thought, dan berjaya meyakinkan manusia untuk berpegang pada idea - idea mereka. idea yang bermain di pucuk, tanpa menyelidik pokok pangkal persoalan. tengok, kan da telajak....



ok, berbalik pade wujud tadi. ok, aku tau ramai yang da serabut. meh sini aku jelaskan. tujuan aku berbahas tentang falsafah wujud adelah supaya anda semua tahu bahawa sesuatu itu hanya layak dipercayai andai ia wujud. andai kewujudannya diragui, atau tak wujud, maka, tidaklah berkewajiban mempercayainya. kenape aku cakap macam ni? sebab lepas ni aku nak bawak korang mengkaji dan membahaskan mengenai KEWUJUDAN TUHAN pulak. laa...ape plak kaitan kewujudan tuhan dengan konsep kesatuan??? sabor ye sayang, pelan-pelan kayuh naa... till then, babai.










p/s: perbahasan selanjutnya akan lebih memeningkan.trust me.

1 comment:

  1. mahap le blog tak kemas lagi, sepah2....x d mase lagi nak design....

    ReplyDelete