Jun 17, 2011

Masih adakah cahaya?

selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...







assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. salam sejahtera di ucapkan kepada makhluk sekalian alam. salam sejahtera ke atas roh, baik di alam jabarut, di alam malakut, di alam nyata, mahupun di alam barzakh. salam sejahtera ke atas malaikat, jin dan manusia. segala puji bagi tuhan, pemilik segala wujud, yang dengan kekuasaannya, tidaklah ia bersusah payah dalam penciptaan hamba-hambanya, melainkan 'qun'. maha suci tuhan yang dengan kebijaksanaannya tiada suatu makhluk pun yang teraniaya di dalam penciptaan. maha suci tuhan yang mencukupkan makhluknya sesuai dengan kadarnya, melainkan mereka yang dipesong syaitan dan nafsu.





bersiaran dari rumah. malam ni dinner extravagant sket. ade kari kambing, rendang ayam, asparagus, kangkung goreng belacan, dan kuah rasam. sume beli, kecuali asparagus dan kangkung goreng belacan. fuh, kari kambing die memang merdu wa cakap lu. berdendang tekak mase kambing tu lalu kat tenggorok gua. tak tau la macam mane mamak kat Maha Maju tu masak kambing, sedap die laen macam. mulai arini, aku dah tak bole bersiaran dari opis lagi. admin da blog sume bende, blog, fesbuk, portal universiti, sume bende la. rase nak ngadu kat anonymous pon ade gak, bior digodamnye network admin tu.




entry ni adalah entry yang terakhir tentang islam, sebelum aku masuk bab agama lain. pada post-post yang telah lepas, kita dah membincangkan tentang pengertian islam, aspek2 utama dalam islam, puak2 dalam islam, krisis terbesar dalam islam dan mitos2 yang menjadi hindrance untuk puak-puak ini bersatu. sekarang aku nak membincangkan tentang perbezaan sebenar di antara sunni dan syiah. untuk pengetahuan semua, satu-satunya persoalan yang menjadi punca perselisihan di dalam sunni dan syiah adalah mengenai soal imamah dan khilafah. sunni mendakwa, selepas kewafatan muhammad, persoalan mengenai penjaga agama dan penjaga ummat islam telah diserahkan kepada ummat untuk membuat keputusannya. hal ini berikutan tiada bukti jelas bahawa baginda rasul s.a.a.w melantik sesiapa sebagai penggantinya. lantas, melalui demokrasi, penjaga agama (imam) dan penjaga ummat (khalifah) dipilih bagi meneruskan perjuangan yang diteruskan oleh rasul s.a.a.w. soal kepimpinan adalah soal yang sangat penting, kerana ummat tidak boleh dibiarkan kosong tanpa seorang pemimpin di dalamnya.






walau bagaimanapun, menurut syiah, sedangkan kita sebagai ummatnya saja sudah mengerti akan kepentingan kepimpinan, masakan rasul s.a.a.w yang maksum tidak menyedarinya? hakikatnya rasul s.a.a.w menyedari akan kepentingan kepimpinan selepasnya, dan telah, secara jelas dan berkias, melantik menantu baginda, Ali ibn Abi Thalib sebagai wasinya selepas kewafatan baginda, dan kepimpinan Ali telah termaktub di dalam al-quran dan hadith2.







masalah-masalah



1) masalah dalam penakwilan




antara masalah utama yang menjadi perselisihan ulama sunni dan syiah ialah masalah menakwilkan sumber-sumber yang ada, baik al-quran, hadis mahupun catitan sejarah. penakwilan yang berbeza ini disebabkan pandangan awal yang berbeza di kalangan ulama sunni dan syiah. ulama sunni mendakwa, para sahabat yang bersama-sama baginda menyebarkan islam, menghadapi susah senang menegakkan syiar islam, membantu nabi di dalam perang, mengorbankan harta mereka di jalan allah, insan seperti ini tidak mungkin mengkhianati nabi, meskipun mereka ini tidak maksum. sementara menurut ulama syiah pula, mereka yang tidak maksum, tidak kira sebaik mana sekalipun, mempunyai potensi untuk melakukan kesilapan. pra andaian inilah yang telah membentuk corak pemikiran para ulama sunni dan syiah, seterusnya memberi kesan kepada penakwilan mereka terhadap al-quran dan hadis serta catitan sejarah.




2) isu tidak boleh dikompromi




perkara kedua yang menjadi masalah dalam membincangkan isu sunni dan syiah adalah berkenaan dengan isu itu sendiri sebenarnya, iaitu khilafah dan imamah. isu yang menjadi perselisihan ini adalah isu yang sangat sensitif, baik di pihak sunni mahupun syiah. bagi golongan sunni, bersetuju dengan pandangan syiah membawa maksud penolakan secara total terhadap ajaran mereka, kerana ahlussunnah mendakwa ajaran mereka diambil secara turun temurun daripada rasul s.a.a.w kepada para sahabat, dan dari para sahabat kepada tabiin, itba' at-tabiin, para ulama seterusnya kepada umat sunni seluruhnya. sementara menurut pandangan syiah pula, bersetuju dengan para sahabat bermaksud berkompromi dengan orang-orang yang telah menganiaya imam, dan ini bercanggah dengan iman mereka. hal ini yang menyebabkan konflik sunni-syiah ini memakan masa selama seribu tahun, dan masih menemukan jalan buntu.





prospek penyatuan



adalah sesuatu yang jelas di mata semua, perpecahan, sejak dari dahulu lagi, telah menjadi senjata paling ampuh bagi musuh-musuh islam untuk melemahkan islam. sesungguhnya kekuatan perpaduan ummah adalah sesuatu yang paling ditakuti oleh musuh-musuh islam. sejak dari dulu lagi, mereka telah belajar melalui pengalaman mereka bertempur dengan ummat muhammad, dan mereka dapati, tidak ada musuh yang lebih kuat untuk menghancurkan mereka, melainkan ummat mereka sendiri. lalu benih-benih perpecahan disemai di dalam ummat islam. semua kumpulan islam di dunia berpegang kepada hadis rasul s.a.a.w, "ummat ku akan berpecah kepada 73 firqah, hanya satu yang ke syurga". semua pihak mengaku merekalah firqah yang terpilih. akan tetapi sedarkah mereka, walaupun hanya satu yang akan ke syurga, rasul s.a.a.w tetap memanggil kesemua firqah tersebut sebagai 'umatku'? tidak cukupkah hadis ini untuk memberhentikan kita daripada saling kafir mengkafir, sesat menyesat, dan hancur menghancurkan? pilihlah jalan mana yang ingin kita pilih, serahkan kepada Allah untuk menentukan pemenangnya di akhirat, akan tetapi semasa kita masih di dunia ini, bukanlah suatu suruhan dari illahi untuk kita mengkafirkan, menyesatkan, menghancurkan, saling membunuh dan menafikan hak2 firqah yang lain untuk hidup. tiada siapa yang tahu dengan absolute tentang firwah yang dimaksudkan oleh rasul s.a.a.w. sunni mengatakan mereka yang layak, syiah mengatakan mereka yang layak, zahiri mengatakan mereka yang layak, dan ibadi juga mengatakan mereka yang layak. lantas yang mana satu yang benar? inilah poin penting yang cuba aku tegaskan di dalam artikel ini. hentikan.hentikan segala usaha dan kegiatan untuk membenarkan firqah sendiri dan menyerang firqah lain. Allah s.w.t memerintahkan rasul s.a.a.w untuk menyampaikan islam, dan bukan mazhab. dan tidak kira sehebat manapun sesuatu firqah, tidak ada yang berani menukar status mazhab mereka kepada agama. mengapa? kerana jauh di sudut hati mereka. mereka sedar bahawa sekuat mana pun mereka mempertahankan mazhab mereka, mazhab tetap mazhab, ia adalah aliran pemikiran dalam agama, dan akan terus kekal sebagai aliran pemikiran, dan bukan tiang agama itu sendiri. lantas di mana islam? islam terletak pada pengertian "la ilaha ila allah muhammadur rasulullah" sesiapa yang beriktiqad dengan kalimat ini, tidak menunjukkan penentangan terhadap maksud kalimah ini, tidak menunjukkan penghinaan terhadap maksud kalimah ini, maka dia muslim. tidak kira sama ada sunni mahupun syiah, ibadi mahupun zahiri, semuanya muslim. persoalan mukmin, serahkan saja kepada allah dan rasul untuk menentukan di hari kebangkitan kelak.

kembalikan kegemilangan islam melalui sinar perpaduan ummah.






penyelesaian



dewasa ini, agama islam tidak lebih hanyalah lumpur yang hina. agama islam dilayan seperti sampah. semua atribut-atribut yang buruk dinisbahkan kepada islam. umat dipijak di sana sini. bukan islam di momokkan dengan islam. islam menjadi igauan ngeri bagi kejiranan yang inginkan keamanan. islam itu teror. islam itu ganas. islam itu bom. andai disuruh seorang non muslim di barat memejam mata dan membayangkan islam di minda, bukanlah ketinggian budi bahasa yang di imaginasikan. bukan keluhuran budi pekerti yang di imaginasikan. akan tetapi apa yang dibayangkan adalah lelaki berjambang yang bengis, sedang memegang senjata dan sedia untuk berjihad. ini adalah imej islam yang berjaya diwujudkan di barat. dan tidak ada pembela yang tampil untuk membersihkan imej islam. mengapa? kerana kita sibuk membenarkan sunni dari syiah, membenarkan syiah dari sunni, membenarkan ibadi dari zahiri, dan membenarkan zahiri dari ibadi. kita sibuk dengan konflik dalaman sedangkan musuh allah sibuk merangka strategi menghancurkan ummah. lalu bagaimana cara yang terbaik menghadapi semua ini? hanya ada satu cara, iaitu mendiamkan perbezaan dan bersatu atas satu tujuan, la ilaha ila allah muhammadur rasulullah. kita tidak boleh bersatu atas nama mazhab, kerana mazhab kita jelas berbeza. akan tetapi kita menyembah Allah yang sama, kita berbaiat dengan muhammad yang sama, kita menghadap kaabah yang sama, kita dicabut nyawa oleh izrail yang sama, dan kita akan dibangkitkan di masyar yang sama. tidakkah ini cukup untuk kita mendiamkan perbalahan yang tidak akan ada kesudahan, dan fokus kepada penyatuan dan mengukuhan islami? bersatulah wahai saudaraku sunni dan syiah, bersatulah. kukuhkan benteng kita menentang musuh islam yang sebenar, iaitu zionis dan konco konconya. semoga kita dibangkitkan di akhirat kelak dengan tangan yang bersih daripada darah saudara muslim kita.




dengan berakhirnya artikel ini, maka tamatlah episod mengenai islam. diharapkan apa yang telah dikongsikan dapat memberikan kesedaran kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia untuk bersatu atas nama islam dan menentang musuh sebenar. sekian.





























p/s: next post kita masuk bab kristian....

Jun 15, 2011

Mitos - Part 2





selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...








assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang berhak menerima salam. segala puji bagi tuhan yang telah menjadikan manusia dari titis yang hina, kemudiannya diperkukuhkan dengan tulang, daging dan kulit, dihias dengan hati, diimbang dengan akal, dan dijana dengan roh. maha suci tuhan yang menjadikan ada daripada tiada. segala puji bagiNya, yang tidak bisa ditanggapi oleh suatu apapun. maha suci tuhan, pemilik segala eksistensi. dariNya kita bermula dan kepadaNya kita kembali.





haram jadah. itulah yang mampu aku summarizekan hari ini. pagi pegi keje, keje takde. nak main fb, kene block. nak main blog, kene block. kalau aku jumpe admin tu memang aku tuang sos atas kepale die sambil mencarut-carut. bengang sungguh aku. pastu aku gune proxy bukak blog, setelah mencube selama sejam, akhirnye boleh bukak. aku pon tulis blog selama 45 minit. lepas tu tak boleh save. memang **** kan? pastu balik umah lunch, ingat nak tulih la kat umah, mase plak tak sempat. then masuk opis balik, dah melaut keje kat atas meja. so skang here i am, dok kat depan pc kat umah, ready nak tulis balik entry yang tertunda.






ok.back to our last entry, pasal mitos. aritu kite dah clear pasal 2 mitos kan? arini kite sambung lagi, insya allah kite habiskan.





3) diasaskan oleh Abdullah ibn Saba'




mitos ini menduduki tempat ke tiga di dalam carta kesesatan syiah. menurut sumber-sumber yang saya dapati, antara sebab syiah ini dikategorikan sebagai ajaran sesat adalah kerana ia diasaskan oleh Abdullah ibn Saba, seorang yahudi dari Esfahan. yahudi ini dikatakan muncul di zaman Uthman bin Affan, dan telah berkomplot membunuh Uthman. setelah rancangan jahatnya diketahui, Abdullah ibn Saba'( selepas ini dikenali sebagai ais ) menyorok dibelakang Ali a.s dengan mengagung-agungkannya sebagai tuhan. Ali a.s yang marah dengan tindakan ais telah bertindak membakarnya hidup-hidup. sesetengah 'riwayat' menyebut dia dibuang negeri ke Iran.




jawapan:



tidaklah dapat dipastikan siapakah gerangan ais ini, kerana tidak ada data, hadis, sumber bertulis dan sebagainya yang dapat disimpulkan kepada kewujudan manusia ini. walau bagaimanapun, amat menghairankan kerana maklumat tentang ais ini wujud di dalam simpanan ahlussunnah. mengapa pengasas ajaran A, yang langsung tidak wujud datanya di dalam ajaran A, tapi tiba2 datanya penuh dalam ajaran B. namun begitu, sekiranya saudara kami dari kalangan ahlussunnah begitu berpegang kukuh dengan tuduhan ini, kami akan kemukakan bukti yang menyanggah kepercayaan anda.


data daripada 'kumpulan yang penuduh' menunjukkan bahawa ais ni mula2 muncul semasa zaman uthman bin affan, walhal syiah dan sunnah telah wujud sejak hari pertama rasul s.a.a.w wafat lagi. sejurus sahaja rasul s.a.a.w wafat, umat telah berpecah kepada 2 kumpulan. satu kumpulan menguruskan jenazah rasul, terdiri daripada Ali dan pengikutnya, dan satu lagi kumpulan meninggalkan jasad suci baginda dan pergi ke saqifah untuk melantik khalifah baru, yang terdiri daripada Abu bakar dan para pengikutnya. kumpulan yang bersama Ali di namakan sebagai syiahnya Ali (pengikutnya Ali) yang terdiri daripada Fatima, Abbas, Abu Dzar, Salman Al-Farisi, Bilal bin Rabah, Al-Hassan dan Al-Hussain serta para pencinta mereka. sementara kumpulan yang menyokong Abu bakar terdiri daripada Umar, Ummul Mukminin Aisyah, Ummul Mukminin Hafsah, Thalhah, Zubayr, Abdurrahman ibn Auf dan lain-lain. lantas syiah yang mana yang diasaskan oleh ais ini? kalaulah dia mengasaskan syiah yang baru, apa syiahnya ali akan berdiam diri? pasti syiah ais dan syiah ali akan bertempur. ada rekod sejarah? sila lampirkan kalau ada, jangan menuduh tanpa bukti.




4) menyembah kuburan dan batu


mitos keempat dalam carta kesesatan syiah. para penganut mazhab syiah ini dikatakan menyembah makam2 dan batu. hal ini berikutan penganut mazhab syiah menolak untuk sujud di atas sejadah, sebaliknya sentiasa membawa sekeping tanah yang dikeraskan sebagai alas sujud.




jawapan:

sudah terang lagi bersuluh, kebutaan hati sesetengah pihak yang menuduh tanpa usul periksa telah memakan diri mereka sendiri. bagaimana syiah boleh menyembah batu dan kuburan, sedangkan mereka telah bertuhankan ali? tidakkah tuhan Ali marah melihat mereka menyembah selain Ali? siapakah tuhan sebenar orang syiah, ali, batu atau kubur? inilah persoalan-persoalan gila yang bakal timbul daripada tuduhan gila, yang ditimbulkan oleh orang gila. sebenarnya, penganut mazhab syiah sujud di atas tanah kerana terdapat hadis-hadis tentang keutamaan sujud di atas tanah. mazhab syiah juga percaya sujud hanya boleh dilakukan di atas tanah atau sesuatu yang berasal dari tanah, dengan pengecualian kepada makanan, pakaian dan kapas. itulah sebabnya orang-orang syiah selalu dilihat membawa sekeping tanah yang dikeraskan yang digelar turbah, dan digunakan sebagai alas ketika solat. berkenaan dengan kuburan pula, adalah syirik bagi sesiapa yang mengaku islam untuk menyembah selain allah. apa yang dilakukan penganut syiah adalah mengambil barokah (tabarruk) daripada makam2 imam mereka yang diyakini maksum, sama halnya seperti jemaah haji yang mengambil barokah daripada makam rasul s.a.a.w dan hajarul aswad.




5) tidak solat



penganut mazhab syiah juga dikatakan tidak solat dan tidak mewajibkan solat di dalam ajaran mereka.



jawapan: setelah tuduhan yang liar dan tidak berasas terhadap akidah penganut mazhab syiah, sekarang mereka menimbulkan soal solat. apakah rasionalnya menimbulkan soal ibadah terhadap ajaran yang akidahnya sendiri rosak? tidak lain hanyalah kerakusan mereka sendiri dalam menuduh telah memerangkap diri mereka sendiri. hakikatnya penganut mazhab syiah, seperti mazhab yang lain mensyariatkan 5 solat wajib setiap hari, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. sebab itu mereka digelar mazhab, dan bukan ajaran.




6) tidak pergi haji



mazhab syiah juga tidak mewajibkan para penganutnya menunaikan ibadah haji. malah pemimpin mereka, almarhum ayatollah khomeini pernah mengharamkan ibadah haji kepada pengikut mereka.




 jawapan:


 tuduhan ini kelihatan kelakar apabila dihadapkan dengan hakikat bahawa jemaah haji bukan saudi yang terbesar selepas indonesia adalah iran. anda boleh tanya mana2 jemaah haji yang datang ke mekah al-muqarromah sama ada terdapat jemaah haji dari iran atau tidak. tentang pengharaman haji oleh ayatollah khomeini pula, ia memang benar2 berlaku. tetapi pengharamannya bukanlah untuk suka2, sebaliknya dilakukan atas sebab keselamatan selepas tercetusnya satu peristiwa berdarah di mekah yang mengorbankan lebih 200 orang umat islam iran bermazhab syiah. ( klik sini ) pengharaman itu, walau bagaimanapun, telah ditarik balik sejurus mekah menyambung semula hubungan diplomatik dengan Iran dan membenarkan jemaahnya melakukan ibadah haji.





7) mencaci-maki para sahabat


di antara kesesatan syiah yang paling tidak boleh diterima kerana dianggap menghina agama islam adalah perbuatan mereka menggalakkan pengikut mereka mencaci maki para sahabat dan ummul mukminin aishah r.a. ulama-ulama syiah dikatakan menyeru para pengikut mereka untuk memaki hamun para sahabat yang dikatakan menentang Ali seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aishah r.a.




 jawapan:


 tidak ada di dalam ajaran mazhab syiah mengenai mencaci maki para sahabat. bahkan pemimpin revolusi islam iran, ayatollah sayyid ali khamenei, disebabkan fitnah yang semakin meluas, telah mengeluarkan fatwa bahawa perbuatan mencaci maki tokoh-tokoh di dalam ahlussunnah adalah haram ( klik sini ). perbuatan mencaci maki tidak pernah dianggap sebagai sesuatu yang baik di dalam mana-mana ajaran sekalipun. lalu bagaimana ajaran islam yang syumul ada peruntukan mengenai caci maki? apa yang sebenarnya berlaku ialah, pengikut mazhab syiah tidak bersetuju dengan beberapa tindakan para sahabat yang dilihat mengenepikan keluarga rasul yang mulia. (akan dibahaskan kemudian ) dan mereka mempunyai dalil2 mengenai perkara ini. sungguhpun begitu, tidaklah ajaran mereka menyuruh mereka mencaci maki para sahabat, melainkan segelintir ekstrimis di dalam kumpulan syiah. dan ekstremis, tidak kira agama manapun, tetap salah.




 8) menghalalkan seks bebas


 syiah juga diharamkan kerana ajarannya yang tidak bermoral, salah satunya adalah penghalalan seks bebas pada malam 10 muharram. pada malam ini, pengikut mazhab syiah akan berkumpul di hauzah mereka dan memadamkan lampu. sejurus lampu dipadam, mereka akan meraba2 mencari pasangan mereka. sekiranya dapat, mereka akan melakukan hubungan seks tanpa mengira siapa orang tersebut.




 jawapan: hanya akal yang telah dicemari hawa nafsu dan dengki khianat sahaja yang mempercayai bahawa mazhab syiah selaku mazhab kedua terbesar selepas ahlussunnah, yang mengikutnya mencecah 250 juta orang, melakukan aktiviti seks bebas pada malam 10 muharram. ini adalah tuduhan yang paling tidak masuk akal. apakah ada ibu-bapa dari kalangan syiah yang tega membenarkan anak gadis mereka ditiduri mana-mana lelaki yang bukan suaminya? dan adakah si suami rela isterinya ditiduri kawan syiahnya? dan adakah si isteri sanggup meniduri lelaki lain sementelah mengetahui bahwa suaminya juga sedang meniduri perempuan lain di dalam bilik yang sama? kalaulah tuduhan ini betul, maka syiah adalah ajaran sesat yang paling hebat kerana mampu mengumpulkan 250 juta orang yang bersetuju melakukan seks bebas. hakikatnya pintu hauzah-hauzah pengikut mazhab syiah ini tidak pernah tertutup buat orang luar. datang dan bongkarlah sendiri ajaran mazhab ini. tangkapan syiah di gombak tempoh hari juga dilakukan semasa malam 10 muharram. tanya sendiri dengan pegawai jais tu, ade ke orang tengah buat seks bebas dalam tu?




 9) Jibril tersilap memberi wahyu kepada Muhammad


 syiah juga dikatakan sesat kerana mendakwa bahawa jibril telah tersilap memberi wahyu kepada kepada Muhammad s.a.a.w. seharusnya risalah kenabian itu diturunkan kepada Ali.



 jawapan:


 sesungguhnya telah jelas kebenaran daripada kebatilan. tuduhan ini sama darjatnya dengan tuduhan gila yang telah dibincangkan. bagaimanakah menurut syiah, jibril boleh tersilap memberi wahyu, sedangkan menurut syiah juga, Ali adalah tuhan? ini bermakna Ali selaku tuhan telah memerintahkan jibril untuk memberikan wahyu kepada Ali selaku manusia di bumi. dan jibril telah tersilap lalu menurunkan wahyu itu kepada muhammad. yang hairannya, cerita kartun ini berakhir setakat ini sahaja. tidaklah dapat dipastikan apakah bentuk hukuman yang menanti jibril kerana tersilap memberi wahyu kepada ali selaku manusia. adakah tuhan Ali menghukum jibril atau tidak? apakah pembetulan yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh tuhan Ali? siapa Ali, nabi atau tuhan, atau kedua-duanya? kalau Ali itu nabi dan tuhan, siapa pula batu dan kuburan? bermakna, secara rumusan, ajaran syiah adalah ajaran yang bertuhankan Ali, batu, kubur dan bernabikan Ali juga. sungguh ajaib ajaran ini. tidaklah dapat dipastikan keadaan mental seseorang yang mereka-reka tuduhan ini, apatah lagi mereka yang sanggup percaya cerita-cerita ini.





 10) bekerjasama dengan zionis dan Amerika


 puak syiah di iran dikatakan berpura-pura hidup susah, berpura-pura memutuskan hubungan dengan amerika, serta berpura-pura mengalami sekatan ekonomi untuk mengaburi mata umat islam lain bahawa mereka adalah hero islam, walhal pada hakikatnya mereka bersekutu dengan amerika dan zionis. buktinya amerika tidak menyerang iran walaupun iran ada nuklear. kalau amerika benci iran tentu mereka dah serang iran. sedangkan iraq pon boleh amerika kalahkan.




 jawapan: untuk soalan ini, aku akan menjawabnye sendiri. hal ini kerana subjek politik memang kegemaran aku, apetah lagi politik dunia islam, yang aku pelajari daripada seorang tokoh politik islam yang termasyur sekali, al-imam al-mujtahid sheikh shukri shuib al-intaffi. menurut penganalisaan aku, tuduhan itu adalah tuduhan yang melambangkan kecetekan akal serta kedangkalan minda sesiapa yang mengucapkannya, serta segala keburukan itu didarabkan dengan lima bagi sesiapa yang mempercayainya. mengapa? kerana orang yang cita-citanya akhirat akan menggadaikan dunia, dan orang yang cita-citanya dunia akan menggadaikan akhirat. tetapi syiah iran ini, menurut kaca mata penuduh, adalah sebuah bangsa yang tak inginkan dunia dan akhirat. hal ini kerana mereka bekerjasama dengan amerika, yang menutup peluang mereka ke akhirat, tetapi dalam masa yang sama mereka juga menggadaikan dunia kerana merelakan negara mereka dikenakan sekatan ekonomi. sejak revolusi pada tahun 1979 hingga sekarang, iran telah 'berpura-pura' mengalami sekatan ekonomi sebanyak enam kali. selama bertahun-tahun kesatuan eropah 'berpura-pura' menyekat sebarang hubungan perdagangan dengan iran. sejurus selepas revolusi, iran telah 'berpura-pura' berperang dengan iraq yang mengakibatkan kerosakan dan kematian 'pura-pura' yang besar. amerika, selaku sekutu iran, telah 'berpura-pura' menyokong iraq dengan 'berpura-pura' menyalurkan bantuan kepada iraq. saddam husin yang bermazhab sunnah hanya 'berpura-pura' berkawan dengan amerika, walhal iran yang teruk dibantai amerika daripada dahulu hingga sekarang sebenarnya 'berpura-pura' susah. iran, yang dahulunya senang lenang hasil daripada bekerjasama dengan zionis dan britain, telah 'berpura-pura' meninggalkan segala kesenangan mereka untuk 'berpura-pura' memusuhi amerika. hebat betol cerita kartun ni, mengalahkan tom and jerry.


 hakikatnya, kita yang bermazhab ahlussunnah ni yang telah, secara sedar dan tidak, menyalurkan bantuan kepada amerika dan zionis untuk memusuhi islam. siapakah sekutu kuat amerika selain zionis dan britain? tidak lain dan tidak bukan keluarga diraja Saudi. siapakah yang mula-mula mengadakan hubungan diplomatik dengan zionis? tidak lain dan tidak bukan, Mesir yang pada ketika itu di pimpin oleh Anwar Sadat. apakah yang dilakukan oleh arab saudi apabila nyawa rakyat palestin yang bermazhab sunnah diratah? tidak ada. apakah komen ulama wahabi Saudi ketika disuruh memberi komen tentang demonstrasi mengutuk zionis? "haram berdemonstrasi menentang zionis. ia melalaikan kita daripada mengingat Allah" ( CER TEKAN SINI ). apa pula pendirian syiah sesat ni pasal palestin? jangan terkejut, hari Al-quds yang sambut pada setiap jumaat yang terakhir dalam bulan ramadhan tu, rupa-rupanya diasaskan oleh bapak segala kesesatan, iaitu almarhum Ayatollah Khomeini. ( CER KLIK SINI, SINI dan SINI. )




 11) penyucian dosa dengan memukul badan sehingga berdarah



 antara amalan-amalan khurafat yang diamalkan syiah adalah memukul badan sehingga berdarah pada siang hari ashura. pada hari ini, penganut-penganut ajaran sesat ini akan berkumpul, menyanyi sambil memuja-muja al-husain, kemudian memukul badan mereka dengan rantai dan besi sehingga berdarah. amalan ini dilakukan kerana mereka mempercayai bahwa dosa-dosa mereka akan terampun dengan perbuatan tersebut.






jawapan:



 memang ada beberapa kelompok syiah yang melakukan ritual itu di negara-negara seperti pakistan dan sebagainya, tetapi harus diingat, itu adalah budaya, bukan sebahagian daripada ajaran. dan budaya itu dikelaskan sebagai haram, kerana memudaratkan diri sendiri. yang diajarkan kepada pengikut mazhab syiah, adalah mengingati kematian Al-hussain. cucu nabi, penghulu pemuda syurga, yang cerita tentang kematiannya, entah kenapa, tidak pernah digembar-gemburkan oleh saudara kita ahlussunnah. malahan tidak ada dalam silibus pengajian agama di sekolah, tentang kematian cucu nabi ini. ini yang menjadi teras mazhab syiah. ini adalah hari yang paling penting bagi pengikut mazhab syiah. adapun soal memukul badan, ianya jelas haram, akan tetapi manusia-manusia yang degil dan ekstrim terus saja melakukannya.





sudah tiba masanya umat islam sunni dan syiah bersatu menentang musuh-musuh mereka.





musuh-musuh islam tidak pernah membezakan sunni dan syiah.






 saya berkata:



 penerangan - penerangan di atas, walaupun tidak menyeluruh, akan tetapi cukup untuk membuka ruang yang tepu di dalam minda yang beku dan prejudis terhadap mazhab syiah ini. diharapkan dengan terbuangnya mitos-mitos di dalam mazhab syiah ini, akan membuka peluang untuk kedua-dua muslimin ini untuk bersatu, merapatkan saf, meluruskan barisan dan bekerjasama untuk menghadapi serangan daripada musuh-musuh sebenar. sedarlah wahai sunni dan syiah, kita semua adalah ummat islam. tidakkah kalian dengar akan sabda rasul tentang nasib ummatnya yang akan ditimpa fitnah terbesar akhir zaman kelak? bukan keatas tauhid fitnah itu menimpa, bukan juga keatas syariat fitnah itu menimpa, akan tetapi perpaduan ummatlah yang telah runtuh akibat fitnah itu. tidak ada kerosakan yang berlaku terhadap agama islam melainkan kerosakan ummat. tidak ada yang musuh-musuh islam takutkan daripada agama suci ini, melainkan perpaduan ummahnya. sedarlah wahai muslimin, sesiapa yang mengimani kalimat "laailahaillallah muhamadurrasulullah", maka dia adalah seorang muslim. darahnya haram untuk dibunuh. berkewajiban bagi kita untuk menjaga harta, nyawa dan kehormatannya. janganlah terpedaya dengan seruan-seruan batil yang menyeru kita supaya memusuhi satu sama lain, kerana demi Allah yang nyawaku berada di dalam genggamannya, tidaklah musuh-musuh Allah itu membeza-bezakan antara sunni dan syiah, melainkan dihancurkan kedua-duanya. mengapa kita boleh berdamai dengan orang yang mengatakan tuhan itu tiga (kristian), dengan orang yang mengatakan tuhan itu pelbagai ( hindu ), dengan orang yang mengatakan tuhan itu alam (shinto), tetapi kita berkerat rotan dengan sesama muslim yang menyembah Allah yang sama, yang beriman dengan Rasul yang sama, yang menunaikan syariat yang sama, akan tetapi hanya berbeza tentang hal kepimpinan? sedarlah wahai muslimin, sedarlah....sedarlah sebelum terlambat. tetaplah sunni di jalannya, tetaplah syiah di jalannya, akan tetapi dalam soal perpaduan ummah, marilah kita memandang kepada tujuan yang satu iaitu Allah dan Rasul. kembalikanlah kegemilangan islam zaman rasulullah, di mana muslimin berkasih sayang di antara satu sama lain, di mana menjadi seorang muslim bermaksud memiliki seluruh ummah sebagai saudaranya. ingatlah wahai saudara-saudaraku sunni dan syiah....kita telah berperang selama seribu tahun untuk membenarkan pendapat kita, dan hasilnya sia-sia. maka apakah kita harus menunggu lagi seribu tahun untuk benar2 menyedari akan kepentingan kesatuan? mengapakah kita tidak pernah mahu memberi sedikit ruang untuk bersatu? aku seru sesiapa yang membaca artikel ini, hentikanlah usaha untuk memecah belahkan ummah. marilah saudara-saudaraku sunni dan syiah, mari kita bersatu bergabung tenaga. luruskan saf yang telah terputus selama seribu tahun. rapatkan barisan yang telah berpecah selama seribu tahun. lawan musuh Allah yang sebenar yang telah menindas kita selama seribu tahun. bangkitlah wahai saudara-saudaraku.... bangkitlah!





          LA SUNNI LA SHIA, ILA WAHDAH ISLAMIYYAH !!!!














Jun 14, 2011

Mitos

selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...





assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada seisi alam buana, yang berjisim mahupun tidak, yang nyata mahupun sembunyi, yang hidup mahupun mati. segala puji bagi tuhan pencipta sekalian alam, yang dengan kekuasaannya berkenan melontarkan tali-tali penyelamat umat manusia yang terentang dari langit ke bumi. maha suci tuhan yang tidak putus-putus memberikan hidayah dan rahmat buat hamba-hambanya, walaupun sedikit sekali dari mereka yang bersyukur. maha suci tuhan yang berkenan menurunkan asma'-asma'Nya yang mulia sebagai pembawa perkara perintah, yang dengan rahmat dan rahimnya, maka sekali-kali tidak Dia membinasakan dunia ini sebelum hari pembalasan.







bersiaran dari rumah. malam tadi masak sardin je sebagai lauk dinner. dah name orang bujang, memang sadin dengan telor je la menu hari2. tu pon rotate untuk mengelakkan bosan. tak sampai sebulan dok sini, kebosanan dah menjalar kat setiap pembuluh darah aku. walaupon aku ni seorang yang biase hidup dengan kebosanan, tapi kebosanan kat sini lain macam...kebosanan kat sini sangat menggigit urat2 jantung. tapi nak wat cm mane kan, kene tahan jugak sampai 4 bulan....






ok.pada entry yang lepas, kite dah berbicara panjang lebar tentang sunni dan syiah, punca-punca perselisihan dan argumen2 yang dibentangkan, dan aku juga dah berjanji nak buat entry pasal mitos-mitos dalam syiah. so this is it. hari ni aku nak sambung balik entry lepas, berkenaan cm ne aku dapat maklumat tentang syiah. setelah aku mengumpulkan bukti-bukti 'kebenaran', aku pun mengembara ke seluruh dunia, mencari kalau2 ada orang-orang syiah yang boleh aku minta penjelasan. dunia yang aku maksudkan adalah dunia maya, atau internet. lalu aku pun menjarah setiap sudut laman sosial yang ada, mencari setiap kontek yang reliable. setelah mencari dan mencari, akhirnya aku bertemu dengan seorang mamat ni, dad (bukan nama sebenar). dad ni seorang yang truth seekers mcm aku gak. setelah melalui proses mengenal hati budi masing-masing, die setuju nak bawak aku jumpe seorang syiah ni, encik R (kompem bukan name sebenar gak).




setelah melalui proses ujian kebolehpercayaan, finally encik tu berkenan nak jumpe aku. so kami pon berjumpa di suatu tempat di selangor. setelah berkenal-kenalan sekejap, aku mule mengemukakan hujjah. berikut adelah penjelasan yang aku dapat daripada encik R:




1) Ali sebagai tuhan


tuduhan paling asas terhadap ajaran syiah. golongan syiah dianggap sebagai kafir oleh sebahagian orang kerana mereka menganggap Ali sebagai tuhan.



jawapan:


adalah suatu yang sama sekali tertolak dengan akal apabila ada ajaran yang mengaku islam tetapi menolak keesaan Allah yang maha esa. bagaimana syiah boleh mengaku islam kalau awal-awal lagi mereka dah menyalahi definisi islam. apa definisi islam? cube bukak wikipedia. sedangkan orang putih kat dalam wiki tu pon tau apa definisi islam, maka bagaimana syiah boleh memperdaya 250 juta pengikutnya di seluruh dunia dengan mengatakan Ali itu tuhan? budak lepasan SPM pon takkan percaya. hakikatnya ajaran syiah, sama seperti ajaran kita, mengaku bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu rasul Allah yang terakhir. tak de rasul lagi selepas muhammad. barang siapa yang menafikan Allah sebagai tuhan yang esa, maka dia bukan islam. barang siapa menafikan muhammad sebagai Rasul terakhir, juga bukan islam.




2) menghalalkan darah sunni


dakwaan yang menduduki carta kedua paling popular selepas "ali sebagai tuhan". ade sesetengah rakyat ahlussunnah, termasuk aku sekali, yang pernah mempercayai tuduhan ni. maunye tak cuak, di kokaknye teman nanti tak ke naye. menurut syiah, darah ahlussunnah adalah mubah(diperbolehkan), dan membunuh ahlussunnah sama pahalanya seperti membunuh cicak pada malam jumaat.


jawapan:


adalah suatu pendapat yang ironi pabila sebahagian saudara kami daripada kalangan ahlussunnah menyatakan pendapat sedemikian walhal dalam hakikat sebenar darah syiah yang ditarah di merata-rata tempat di seluruh dunia. mana mungkin minoriti melancarkan perang ke atas majoriti. majoriti kerajaan islam di dunia bermazhab sunnah, majoriti rakyatnya juga sunnah, tapi yang menindas mereka minoriti? sangat paradoks sekali. hakikatnya pengikut ajaran syiah, dalam tidak sedar telah dihalalkan darahnya oleh sebahagian orang yang tidak mengerti.di sebahagian negara-negara arab, hakikat bahawa anda penganut mazhab syiah menyebabkan anda dihina, kehilangan kerja, terancam nyawa dan sebagainya. lagi satu, siapakah durjana yang menutup pintu kepada mangsa2 di Palestin semasa bumi al-quds diserang oleh israel laknatullah? tidak lain dan tidak bukan, Mesir dan Jordan, yang sampai hati menghalalkan darah saudara-saudara kita di Palestin dengan menutup pintu sempadan dan menghalang bantuan perubatan masuk ke dalam palestin. di mana 'penaung' ahlussunnah, iaitu Arab Saudi? mana keterangan mengutuk serangan palestin? siapa yang memberi bantuan terbesar kepada palestin? carilah sendiri.












bersambung di entry akan datang.....













p/s: ngantok.esok nak keje.

Jun 12, 2011

Islam: Suatu Analisis-Part 3




selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...






assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh jagat. segala puji bagi pemilik alam ini yang berkehendak menciptakan hamba-hambanya yang hina lagi lemah ini. maha suci tuhan yang tidak termanfaat dengan pujian, mahupun termudarat dengan cacian. maha suci tuhan yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. kepunyaannyalah segala yang wujud di langit dan di bumi.






kembali bersiaran dari rumah. hari ni hari ahad. aku bangun lewat. bese la, bujang.....baru pas masak kuah lemak kuning. housemate teringin nak makan, so aku pon bermurah ati la masakkan untuk die, walaupon sedikit cair sebab aku malas nak tunggu lame2 pekatkan kuah tu. ok la tu, janji bole makan...





ade kawan tegur aku pasal blog ni:


"kau letakla gambar sket, kalau tak mengantok orang bace blog ko nanti"



ngantok ke bace blog aku nih? haha, tu la masalahnye. aku ni kalo dah dapat nulih, memang susah nak buat bende laen. tapi takpe la , member punye pasal, aku cube la menceriakan blog aku ni dengan gamba2 yang sesuai dengan post....




seperti yang dijanjikan. sambungan kepada entry 'islam:suatu analisis-part 2'.......di dalam entry tersebut, kita telah membincangkan tentang hujah balas kumpulan sunni terhadap dakwaan kumpulan syiah berkenaan hak kekhalifahan Imam Ali mereka. sekarang, kita saksikan pula hujah balas kumpulan syiah terhadap dakwaan kumpulan sunni pada entry yang lepas.





 ahlul bayt bukan isteri nabi.


pada entry yang lepas, telah dinyatakan oleh kumpulan ahlus sunnah wal jamaah, bahawa surah al-ahzab, ayat 33 diturunkan kepada isteri-isteri nabi secara khusus. buktinya, menurut mereka, terletak pada ayat sebelumnya, ayat 32, yang menyatakan dengan jelas nasihat dan amaran buat isteri nabi. hujah ini juga diperkukuhkan dengan hakikat bahawa dipermulaan ayat pada surah al-ahzab ayat 33 juga menyentuh tentang isteri nabi. dakwaan ini telah dinafikan oleh kumpulan syiah atas beberapa sebab:




asbabun nuzul (sebab turun ayat) menceritakan tentang keluarga nabi.



dakwaan ahlus sunnah wal jamaah bahawa ayat thathir (surah al-ahzab ayat 33) diturunkan khusus kepada isteri nabi merupakan dakwaan kosong yang tidak berasas. hal ini demikian kerana, tidak ada satu ayat al-quran pun yang boleh ditafsirkan oleh manusia biasa, tanpa merujuk kepada asbabun nuzul (sebab turun ayat al-quran), dan azbabun nuzul bagi ayat thathir dengan jelas menceritakan tentang peristiwa kisa'.





  • Hadis Shahih Sunan Tirmidzi menyatakan Diriwayatkan dari Umar bin Abu Salamah yang berkata, “ Ayat berikut ini turun kepada Nabi Muhammad SAW, Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan menyucikanmu sesuci-sucinya.(QS Al Ahzab 33). Ayat tersebut turun di rumah Ummu Salamah. Dari hadis tersebut diketahui ayat ini turun berkaitan dengan peristiwa penyelimutan Ahlul Bait SAW yaitu Sayyidah Fatimah as, Imam Ali as, Imam Hasan as dan Imam Husain as.
  • Hadis riwayat An Nasai dalam Khashaish Al Imam Ali hadis 51 dan dishahihkan oleh Abu Ishaq Al Huwaini Al Atsari. Diriwayatkan dari Saad bin Abi Waqqash Dan ketika ayat ‘Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait, dan mensucikan kamu sesuci-sucinya.(QS Al Ahdzab 33)” turunBeliau SAW memanggil Ali,Fathimah,Hasan dan Husain lalu bersabda Ya Allah mereka adalah keluargaku”.









Hadis Shahih Sunan Tirmidzi itu juga menjelaskan bahwa Ayat Tathir jelas tidak ditujukan untuk Istri-istri Nabi SAW. Bukti hal ini adalah
  • Pertanyaan Ummu Salamah, jika Ayat yang dimaksud memang turun untuk istri-istri Nabi SAW maka seharusnya Ummu Salamah tidak perlu bertanya "Dan apakah aku beserta mereka wahai Rasulullah SAW?"  Bukankah jika ayat tersebut turun mengikuti ayat sebelum maupun sesudahnya maka adalah jelas bagi Ummu Salamah bahwa Beliau ra juga dituju dalam ayat tersebut dan Beliau ra tidak akan bertanya kepada Rasulullah SAW. Adanya pertanyaan dari Ummu Salamah ra menyiratkan bahwa ayat ini benar-benar terpisah dari ayat yang khusus untuk Istri-istri Nabi SAW.
  • Penolakan Rasulullah SAW terhadap pertanyaan Ummu Salamah, Beliau SAW bersabda “ engkau mempunyai tempat sendiri dan engkau menuju kebaikan”. Hal ini menunjukkan Ummu Salamah selaku salah satu Istri Nabi SAW tidaklah bersama mereka Ahlul Bait yang dituju oleh ayat ini. Beliau Ummu Salamah ra mempunyai kedudukan tersendiri. (sumber asal di sini, sumber tambahan di sini, sini dan sini.)




bagi dakwaan ahlussunnah bahawa sahabat lain juga memiliki keutamaan seperti ali, ini adalah jawapan mereka:





hadis-hadis keutamaan sahabat bertentangan dengan sikap mereka.

berkenaan dengan hadis-hadis keutamaan sahabat-sahabat lain, kumpulan syiah menegaskan bahawa status kesahihan hadis tersebut diragui. hal ini kerana di dalam lipatan sejarah, didapati beberapa percanggahan-percanggahan yang dilakukan oleh para sahabat, antaranya:



1) melarikan diri dari medan perang



menurut kumpulan syiah, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa saidina Umar al-khattab dan Saidina Abu Bakr ibn Abi Quhafah telah melarikan diri daripada dua perang, iaitu Uhud dan Hunain.


Surah Ali Imran, ayat 153:




"(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (153)


ayat ini, menurut mereka, diturunkan kepada Rasul s.a.a.w sewaktu perang uhud, berkenaan Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Abu Bakr ibn Abi Quhafah yang melarikan diri dari peperangan. (lihat di sini dan sini.




 menafikan hak fatimah terhadap tanah pusaka (fadak)


peristiwa ini berlaku selepas kewafatan rasulullah. diriwayatkan bahawa, selepas kewafatan rasul s.a.a.w, fatimah pergi berjumpa dengan saidina abu bakr, menuntut bahagiannya daripada warisan nabi, iaitu sekeping tanah yang di gelar fadak. walau bagaimanapun, abu bakr dikatakan menolak permintaan fatimah dengan menyatakan sepotong hadis:





“Kami para Nabi tidak mewariskan emas dan perak tidak juga rumah dan tanah untuk bercocok tanam. Kami hanya mewariskan al-Quran, al-Hikmah, al-Ilmu dan al-Nubuwah. Apa saja yang tertinggal dari kami, maka itu menjadi hak milik pemimpin setelah kami. Dan apa yang menjadi maslahat itu yang bakal diputuskan olehnya."


 lantas fatimah murka dan tidak bertegur sapa dengan abu bakr sehinggalah beliau meninggal dunia. ( lihat sini. bacaan tambahan lihat sini dan sini.





 mempertikaikan keputusan nabi berkenaan sariyyah terakhir.



kumpulan syiah juga mendakwa bahawa keputusan rasul s.a.a.w melantik usamah ibn zaid sebagai komander pasukan sariyyah terakhir menentang rom, telah diingkari oleh umar dan beberapa orang sahabat yang lain. sehingga memaksa rasul s.a.a.w yang ketika itu sedang sakit tenat, keluar dari istirahat dan menggesa mereka mengikut sariyyah usamah bin zaid. (klik sini.)



 ini dan banyak lagi kesilapan para sahabat yang ditemukan mereka, yang menjadi hujah bahawa sahabat tidak layak memegang tampuk kepimpinan. sudah tentu, hujah ini kemudiannya dibalas oleh kumpulan ahlus sunnah wal jamaah.



mampukah matlamat ini tercapai?



sudah tiba masa penganut sunni dan syiah bersatu - gambar hiasan



 ok.stop. hentikan apa jua bentuk emosi yang bakal keluar dari hati anda. ini bukan blog syiah.bukan juga blog sunni. ini adalah blog kesatuan, yang aku cipta untuk mengajak para pembaca, lelaki mahupun wanita, tua mahupun muda, sunni mahupun syiah, untuk sama2  mendiamkan segala perbezaan kita, dan memandang kepada prospek yang lebih bagus, iaitu kesatuan.



 "eh, kite mane bole bersatu dengan syiah ni, dorang ni kapir, sebab die kate ali tu tuhan..."




 mitos



dear readers, berikut adalah mitos2 berkenaan kumpulan syiah yang sama sekali tidak benar.



 1) menganggap Imam Ali a.s sebagai tuhan


 2) menghalalkan darah sunni


 3) diasaskan oleh Abdullah ibn Saba, yahudi dari esfahan


 4) menyembah kubur-kubur dan batu


 5) tidak solat


 6) tidak pergi haji


 7) mencaci maki para sahabat


 8) menghalalkan seks bebas


 9) mengatakan bahawa jibril tersilap memberi wahyu kepada muhammad


 10) bekerjasama dengan Zionis, Amerika dan Britain


 11) menyucikan dosa dengan memukul badan sehingga berdarah dengan rantai dan senjata tajam pada hari ashura



 inilah antara beberapa mitos yang menyemarakkan kebencian ahlussunnah pada syiah. dahulu, semasa aku belum lagi pandai menggunakan otak, semasa aku masih mempercayai bulat2 apa yang disampaikan kepada aku tanpa usul periksa, aku, seperti anda2 semua, membenarkan mitos2 ini. aku percaya bahawa syiah itu sememangnya berada di dalam kesesatan yang nyata. tetapi, apabila baru2 ni media melaporkan tentang penangkapan 200 orang pengikut syiah di gombak, aku jadi terkejut. syiah dah ada di malaysia? tapi kenapa? mengapa?mengapa ajaran yang terang2 kesesatannya, boleh sampai di malaysia? boleh dikatakan semua ajaran sesat di malaysia, hanya memutarbelitkan risalah kenabian dan syariat, tetapi tidak fakta ketuhanan. tetapi ajaran syiah, yang terang2 mengatakan bahawa imam ali adalah tuhan, suatu pernyataan yang tidak boleh diterima akal, tetapi berkembang di malaysia. malah, dianggarkan terdapat hampir 100 000 pengikut ajaran ini di malaysia.


 maka mulalah aku mengkaji. mula2 aku baca artikel2 yang akhbar siarkan berkenaan penangkapan syiah di malaysia. kemudian aku kumpulkan senarai 'kesesatan-kesesatan' yang mereka lakukan. setelah itu aku ke youtube. di sana aku temukan banyak sekali video tentang kesesatan syiah. antara yang paling femes di malaysia ialah video maulana asri tentang kesesatan syiah. antara kesesatan-kesesatan syiah, menurut video tersebut, adalah penganut-penganut syiah ini, pada malam 10 muharram, akan mengadakan seks bebas di dalam bilik gelap, sehingga di katakan ada orang telah secara tidak sengaja melakukan seks dengan ibunya sendiri! masha allah... ajaran ni benar2 dah melampau. syiah perlu dibanteras. perlu dihapuskan dari muka bumi malaysia ni. tetapi masalah dengan aku ni, aku tak pernah beri peluang pade otak aku untuk mempercayai sebelah pihak, walaupun pihak yang bertelagah adalah mak saya sendiri. ni memang habit. so saya pun teruskan misi membongkar kesesatan syiah ni. setelah cukup bukti2 dan keterangan daripada pihak kite, sampai la mase aku nak dengar pulak penjelasan daripada pihak diorang. mcm mane aku dapatkan keterangan mereka? sama-sama kita tunggu next entry....till then, babai...

Jun 11, 2011

entry selingan: kronikel adam dan hawa

selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...








assalamualaikum dan selamat sejahtera. bersiaran dari rumah. segala puji bagi Allah tuhan yang maha esa, yang menjadikan segala-galanya dengan berpasangan. maha suci tuhan dari kebersamaannya dengan makhluk. maha suci tuhan yang terpelihara dari memiliki sekutu. sesungguhnya di dalam genggamannyalah segala yang ada di langit dan di bumi.




kali ni kita lari sekejap daripada topik asal. entry kali ni merupakan sebuah entry selingan yang aku buat atas permintaan seorang rakan, yang mahu aku mengulas tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang ni; kelab isteri taat. sebenarnye aku pon tak update sangat tentang citer ni, sebab bukan interest aku, dan aku rase bukan isu penting. tapi nampaknye rakyat malaysia masih suke memanjangkan isu yang tak penting dan membakulsampahkan isu penting. takpelah, sekarang ni aku nak ulas sikit pasal isu kelab isteri taat ni.




ok, berdasarkan ape yang aku bace pasal kelab isteri taat ni, kelab ni sebenarnye mengajar isteri2 cara melayan fantasi seks suami di atas tingkat halal yang paling maksimum. ini dapat dilihat dengan kenyataan naib presidennya yang 'mahu isteri melayan suaminya seperti pelacur kelas pertama' (klik sini ). walau bagaimanapun, agenda kelab ini ditentang oleh menteri di jabatan perdana menteri, Dato Seri Mashitah Ibrahim yang bimbang di atas dua perkara, yang pertama tentang kaitan di antara kelab tersebut dan pertubuhan al-arqam, dan yang kedua, kebimbangan berlakunya salah interpretasi tentang konsep taat.



ok, ni adelah ape yang dorang kate. sekarang dengar pulak ape yang aku nak kate. pertama berkenaan dengan kelab tu. cube bagitau aku ape kesalahan kelab tu? adekah kelab tu salah kerana mengajak para isteri taat kepada suami? tak pun die bersalah kerana menggalakkan isteri melayan suami yang telah dihalalkan oleh agama seperti pelacur kelas atasan. so ape masalahnye?



masalahnye terletak pada kebodohan sesetengah orang dalam mengenal diri sendiri dan mengenal tuhan.adalah suatu kenyataan umum, bahawa lelaki tidak dapat dipisahkan daripada keperluan seks. kecenderungan lelaki terhadap seks bukanlah dibuat2, sebaliknya adelah fitrah yang dijadikan oleh tuhan. lelaki tak macam perempuan. lelaki tak bernafsu tengok baju cantik2 kat pavi. lelaki tak bernafsu tengok kain ela kat Kamdar. lelaki tak bernafsu nak matchingkan kaler langsir dengan kaler cat rumah. nafsu lelaki satu je , seks. ramai orang, terutamanya perempuan, selalu menyalah anggapkan seks sebagai satu bende jahat yang bermukim didalam perut lelaki. seks, pada pandangan perempuan, harus di tekan, di tahan dan di rantai dengan amalan-amalan seperti puasa, zikir dan sebagainya. tahukah anda, nafsu seks adalah fitrah yang tuhan ciptakan kepada lelaki, seperti juga halnya dengan nafsu makan dan tidur. dan, adalah sesuatu yang mustahil untuk melawan fitrah, apabila kemahuan itu sampai. mengapa kite tak boleh melawan fitrah ni? yang ko pegi lawan buat ape, tuhan jadikan suruh gune, cume tuhan kata guna di jalan yang betoi, bukan jalan yang salah. seperti halnya nafsu makan, yang dijadikan tuhan supaya kita menikmati makanan, dengan syarat bukan yang haram. begitu juga nafsu tido, diciptakan supaya kita merasai nikmat tido, dengan syarat jangan lebih2, jangan sampai lalai. maka samalah jugak halnya dengan nafsu seks, yang tuhan ciptakan supaya manusia merasai nikmat seks, dengan pengecualian kepada zina dan luar tabii.





ok, bile cakap soal halal, apekah jalan yang halal bagi lelaki untuk menyalurkan nafsu seks mereka, fitrah mereka, tabii mereka?apekah?oi senah, ape carenye, ko tau ke? mestilah tau, kawen. amboi cakap senang, dah tu lepas kawen ko main nyorok2 pulak dengan laki ngkau apehal? dah die nak, bagi jela. sekarang ni aku nak tanye korang, ape tujuan kawen? jangan cakap untuk menjaga pasangan, melindungi, dan sebagainye. jangan membodohkan diri depan aku, tu bukan tujuan kawin, tapi tanggungjawab dalam berkahwin. tujuan berkahwin, tidak lain ada 3:


1) menghalalkan hubungan seks

2) memperbanyakkan zuriat di muka bumi

3)berkasih sayang


ni je tujuannye. yang korang bace panjang berjela2 kat majalah dan internet tu bukan tujuan, tapi tanggungjawab.ok, berbalik soal seks.


dalam islam, isteri boleh bersuara dalam segala hal, kecuali 1: seks. kuasa seks terletak di tangan suami. persoalannye kenapa?kenapa tuhan menetapkan undang-undang yang tak adil ni? sepatutnye tuhan bagi kata pemutus kat pempuan la, sebab pempuan yang menanggung effect hubungan tu sampai 9 bulan. tapi persoalannya, KENAPE???



ya, kenape tuhan buat undang2 tak adil ni? bile tanye kat pompuan bende ni, dorang akan kate "ish, tak baek salahkan tuhan"... tapi yang korang taknak terima kenyataan tu bukan melawan ketetapan tuhan ke? masalah problem betol la.


"isteri bukan pekerja seks", ini adalah kata2 peguam syarie yang membidas kenyataan naib presiden kelab taat suami (selepas ini dikenali sebagai KETASU). jawapan aku: isteri memang pekerja seks suami. buktinye? yang pertama, para isteri melakukan seks dengan suami mereka, bukan dengan keldai ataupun kongkang. yang kedua, isteri harus melayan kehendak seks suami selagi suami mereka bernafsu. kalau usia perkahwinan tu 30 tahun, maka 30 taunlah isteri kena melayan kehendak seks suami, sudah tentu lah dalam ruang lingkup yang dibenarkan syarak. yang ketiga, adalah haram bagi isteri menolak kehendak seks suami, kecuali atas darar syarie. sekarang aku nak tanye lah kat encik peguam tu, ketige2 poin ni tak cukup lagi ke nak cop isteri sebagai pekerja seks suami? kalau perkahwinan itu bukanlah seks semata-mata, seperti yang didakwa oleh sesetengah orang yang ingin menjadi 'champion' dalam isu2 sebegini, mengapakah tuhan meletakkan 'remote control' bagi hal2 seksualiti dan hubungan kelamin kepada sang suami? kenape? jawab dulu soalan ni dengan hujah yang masuk akal sebelum ko nak membebel mempertahankan poin ko tanpa hujah.



sebenarnya ramai yang tak perasan, bilamana kita mengangkat akad nikah, dan menandatangani surat perjanjian kawin dengan pasangan kita, kita dah berjanji di antara satu sama lain untuk melengkapkan segala keperluan satu sama lain. si suami, dengan termeterainya akad, telah berjanji untuk melindungi isteri dari mudarat, melengkapkan keperluan zahir dan batinnya, serta mencurahkan kasih sayang kepada isterinya. si isteri, seusai termeterainya perjanjian perkahwinan, telah berjanji, dengan disaksikan Allah, untuk melindungi harta suami, menjaga maruahnya, mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya, dan memenuhi keperluan batin suaminya. diulang, memenuhi keperluan batin suaminya. nak aku ulang lagi, memenuhi keperluan batin suaminya.



seterusnya kenyataan 'keramat' naib presiden ketasu, dr.rohaya mohamed, bahawa "isteri patut melayan suami seperti pelacur kelas pertama". ni kenyataan pendek, kenyataan penuh die ade kat sini. okeh, sebelum para wanita yang saye hormati melatah tak tentu arah mcm orang yang kainnye dimasuki cengkerik, kiter kembali kepada method favourite saye dalam menyelesaikan masalah, iaitu berdefinisi. ok, apekah definisi pelacur kelas pertama? mengikut definisi tali dua belas, pelacur kelas pertama adelah perempuan yang memberikan khidmat seks yang istimewa kepada individu tertentu dengan bayaran lumayan. done. sekarang cube kite bayangkan, apekah yang pelacur kelas atasan ni buat dalam hubungan seksnya bersama pasangan mereka. ape yang menyebabkan mereka digelar pelacur kelas atasan, dan bukan pelacur biasa? bezanya kerana layanan mereka yang istimewa. pelacur kelas atasan terkenal dengan kehebatannya menggoda lelaki durjana dengan aksi2 yang mampu membuat mulut terlopong. biasanya die akan mulekan dengan adegan aksi meliuk lintuk bak gandum ditiup angin, sebelum merayap-rayap di badan pasangan, mencuba sekreatif yang mungkin untuk merangsang pasangannya. setelah melakukan warm up yang secukupnye, barulah hubungan penetrasi berlaku, itupun dalam suasana penuh keluh kesah dan rengekan manja. setelah selesai, mereka diberikan imbuhan.ok.done.



sekarang, dengan menggunakan otak yang tersemat elok kat tengkorak korang sume, cube relatekan nilai-nilai yang ade kat pelacur tu dengan hubungan suami-isteri. ape? tak tau? aiyyo, tu pon aku nak kene aja ke? aku ni belum kahwin tahu tak, malulah aku begini....ok lah, hadirin-hadirat sekalian, aku nak tanye ni.korang rase2kan, kenape pelacur kelas atasan tu buat mcm tu? i mean, kenape die begitu gigih meliuk lintuk la, mengerang-ngerang la, mendesah-desah la, mengape? tim kai? adekah kerane die boring maka die buat tu sume? ataupun takde sebab, suke2 je die buat cm tu. kenape? jawapannye, kerane die nak memastikan die memberikan godaan, layanan, manjaan, rengekan dan desahan yang paaaaling baik untuk pelanggan die. kenape pulak die nak buat sume tu? tidak lain hanyalah untuk memuaskan hati pelanggan die.tidak lain untuk menggembirakan pelanggan die.


itu adelah ape yang pelacur kelas atasan buat kat pasangan die. sekarang ni aku nak tanye kat ko ni kiah, senah, jenab, salmah, timah, joyah, dan minah: salah ke kalo ko buat mcm tu kat laki ko? salah ke kalo ko merengek2 manje kat laki ngko yang tuhan da halalkan tu?salah ke? salah ke ko meliuk lintuk bagai padi ditiup angin mase nak bersama dengan laki ngko? salah ke ko nak ngade2 ngan laki korang sume, salah ke?SALAH KE?


jawapannye langsung tak salah. malah digalakkan lagi. sedangkan makanan pun kite hiaskan cantik2 untuk membangkitkan nafsu makan, maka ape salahnye korang gode laki korang semaksimum mungkin bagi memastikan mate dorang tak pandang betis anak mak temah yang keje nurse tu. bagi memastikan dorang tak bertungggu tangge kat warung cempedak salmah gebu yang suke amalkan jamu gendong tu. bagi memastikan dorang tak lari ikut orang gaji korang dari Surabaya tu.


isteri dituntut melayan suaminya dengan sebaik mungkin - gambar hiasan.



pastu, ade pulak mulut-mulut bangang yang suke menangguk di air keruh, yang suke menjuarai isu2 begini,yang berkata bahawa dr.rohaya menyamatarafkan isteri dengan pelacur. kepada mereka-mereka ni, kukatakan bahawa anda adelah orang yang paling bodoh sekali kat dunie. kebodohan anda mengalahkan lesung batu. malah, kalau diuji IQ anda dengan lesung batu, ternyata lesung batu sedikit lebih tinggi dari anda. kenape saye kate gini?



kerana seseorang yang ade otak yang waras akan mengakui bahawasanya dr. rohaya, tidak lain sedang beranalogi dengan kenyataannya yang sedemikian. tidaklah terlintas di fikiran dr.rohaya untuk mengambil maksud pelacur kelas atasan secara harfiah (literal) dan ditepek nilainya kat isteri-isteri seluruh malaysia, sementelah beliau juga seorang wanita. dr. rohaya sedang bermetafora.menggunakan perlambangan dalam memberikan kenyataannye. supaye kenyataanye pedas. kenape nak buat kenyataan pedas? kerane yang pedas tu akan melekat lebih lame dari yang kurang pedas. ape yang dimaksudkan oleh dr. rohaya dengan 'pelacur kelas atasan' ialah, beliau menyeru para isteri supaya mencontohi komitmen yang ditunjukkan oleh pelacur kelas atasan tu dalam melayan pelanggan mereka, dan mengaplikasikannya dalam hubungan suami isteri, bukannye die suruh sume bini mintak upah kat laki dorang lepas bersama. tu bengong namenye. dan bukan juge die die suruh bini orang jual badan untuk carik duit, itu bengong namenye. dan bukan juge die menyifatkan sesiape yang melayan suami dengan penuh komitmen sebagai pelacur, itu pon bengong.





lepas tu ade pulak mulut-mulut separuh bangang yang pertikai peranan suami pulak kat bilik tido. "amboi, korang orang laki pandai suruh bini beraksi macam2 untuk puaskan korang, yang korang tu ade pikir perasaan kami?kehendak kami?" kate kak leha bersungguh-sungguh. haa, ni la poin penting dalam entry panjang berjela2 ni. sebenarnye, bukan isteri je yang harus jadi pelacur kelas atasan, suami pon kene jadi pelacur[?] kelas atasan jugak. bukan isteri je yang kene jadi pekerje seks suami, suami pon kene jadi pekerje seks isteri jugak. takde hinanya jadi pekerja seks untuk pasangan masing2.halal pulak tu. kitorang yang mude ni hari2 dok berangan nak jadi pekerje seks.



sebenarnye,menurut pemerhatian aku, satu-satunye perkara yang tak ok dalam isu ni adelah terma 'pelacur' yang sangat berdesing telinge para wanita bile mendengarnye. ye, aku setuju. kalo aku jadi pompuan pon aku marah bile label pelacur tu di tepek kat aku. cube tuka label tu, mesti bende ni tak jadi isu, walaupon isinye sama. cube dr. rohaya cakap mcm ni "isteri harus layan suami dengan semaksimum dan sekreatif mungkin untuk memenuhi fantasi suami dalam ruang lingkup yang dibenarkan"....kompem takde sape bersuare. kompem sume setuju, walaupun "melayan dengan semaksimum dan sekreatif mungkin bagi memenuhi fantasi pasangan" adalah prinsip seorang pelacur kelas atasan. takkan ade sape pon yang marah.



sebenarnye aku heran. siyes aku heran. korang sume ade otak. sume orang punya otak. sume orang mampu berfikir. aku percaye semue orang, kalau duduk, rilek, tenangkan hati, bace pelan2 kenyataan penuh dr. rohaya tu, ponder pelan2, aku yakin sume orang paham dengan ape yang dr. tu nak sampaikan.
tapi mengapa ade golongan yang tak nampak ape yang aku nampak, tetapi nampak sebaliknye? kalau yang cakap tu kak sally yang jual jeruk kat tepi bus stand kelang tu aku boleh consider lagi la kan, ini ade belajar punya orang. ada otak punya orang. ada izazah punya orang. tapi cakap macam longkang. masalah problem betol la.




wal hasil, pade pendapat aku, hal hubungan laki bini ni soal kecik je. soal dua pihak. kalo dah laki die suke, bini die pon suke, yang korang nak sibuk2 tu ngape pulak? bini die tak rase terhina pon? lantak die la nak jadi pekerje seks ke, pelacur kelas atasan ke, hape ke, laki die, bior le. die buat kat laki ngko karang, baru ade akal....




ok la, rasenya aku da menjawab isu ni dari segala sudut yang termampu. sebarang kemusykilan tulih je kat komen, nanti aku jawab. ok yob entry da siap. bole kasi link...





p/s: next post kite sambung balik pasal islam.

Jun 10, 2011

Islam: Suatu Analisis - Part 2

selawat dan salam atas kalian dariku pencintamu...





assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua jiwa-jiwa yang hidup di langit dan dibumi. segala puji bagi Allah, tuhan yang maha esa, permulaan segala mula, dan pengakhiran segala akhir. maha suci tuhan yang tetap sahaja tidak tergambar kemuliaannya, walau dikumpulkan seluruh perkataan mulia di dunia ini. maha suci tuhan yang menjadikan yang nyata dan yang tersembunyi, maha suci tuhan yang sentiasa hidup dan tidak mati.





bersiaran dari ofis. hari ni hari jumaat. esok cuti. sukenye aku esok cuti, dok ofis bukan ade keje pon. pagi tadi lepas punch kad, aku ngan member aku g melantak nasik lemak. aku heran la, nasik lemak kat sini sedap btol. tiap2 ari mesti nak pekene nasik lemak ni, kalo tak rase mcm ade yang kurang je...






ok la, malas nak cakap banyak, sambungan kepade entry aritu, pasal islam. enrty aritu abis sampai kat suruhan akhlak kan? kali ni, aku nak cakap pasal kumpulan-kumpulan dalam islam pulak. setakat hari ini, dianggarkan terdapat 8 kumpulan-kumpulan yang dikenali sebagai mazhab, di dalam islam. mazhab-mazhab tersebut adalah:


1) shafi'i (sunni)

2) hanbali (sunni)

3) maliki (sunni)

4) hanafi (sunni)


6) zaidiyyah (syiah)

7) ibadi




ha..terkejut kan? memang la korang sume tekejut, mende ni sume takde diberitahu pon kat sekolah agame. paling kuat yang korang tau pon sunni-syiah. untuk pengetahuan mereka yang tidak tahu, inilah kumpulan-kumpulan mazhab yang diiktiraf di dunia islam. siape yang iiktiraf? aku ke? engko ke? bos aku ke? imam masjid jamek ke? salah, sume salah.... dorang ni yang iiktiraf....sekarang, kalau aku nak kupas satu-satu pasal mazhab ni sume, memang takkan habis, banyak sangat. jadi, aku dah buat keputusan nak kelompokkan kumpulan-kumpulan islam ni, kepada 3 kumpulan besar, iaitu kumpulan sunni, syiah, dan lain-lain. kumpulan sunni di wakili oleh mazhab yang empat, iaitu shafi'i, maliki, hanbali dan hanafi. syiah pula diwakili oleh jafari dan zaydi, manakala yang lain2 tu adalah ibadi dan thahiri/zahiri...


aku tak nak sentuh pasal grup lain-lain. kerana apa? kerana mereka bukanlah active player dalam politik dunia islam khususnya dan antarabangsa umumnya. yang perlu disentuh, pada pendapat aku adalah dua grup terbesar dalam islam, iaitu sunni dan syiah. hal ini demikian kerana, skala keamanan dan keharmonian yang luas dalam dunia islam akan dapat dicapai sekiranya dua kumpulan yang besar ini didamaikan. baiklah, kita mulakan dengan dengan kumpulan sunni dulu. oh ya, sebelum terlupa, aku memang sengaje bagi references wikipedia, sebab tujuan aku bagi references bukan nak buat tesis, tapi sekadar nak bagi korang tau bahawasanya ape yang aku cakap ni bende yang betol2 wujud, bukannye ikut sukati aku je nak cakap. maklumat lanjut korang carik le sendiri.



ok.mazhab sunni, atau ahlus sunnah wal jamaah. apa itu ahlussunnah? apa doktrin utama dia? baca di sini. malas nak citer, sebab aku ahlussunnah, dan majoriti rakyat malaysia pon ahlussunnah, jadi tak lah membantu sangat bile cerita bende yang majoriti dah tau. sesape yang blom tau atau ingin tau jugak, bace je link tu. ok sekarang masuk bab syiah pulak. apa itu syiah? ha, pasal syiah aku tak nak bagi link, bia aku citer sendiri. kenapa aku nak citer sendiri? sebab hal-hal berkenaan syiah ni masyarakat kurang jelas, jadi aku kene la jelaskan. okeh, basically syiah adalah kumpulan islam kedua terbesar selepas sunni. populasinya di dunia dianggarkan sekitar 250 juta orang, dan terus berkembang. intipati ajaran syiah menyatakan bahawa, sumber-sumber islam selepas al-quran dan as-sunnah Rasul s.a.a.w adalah sunnah atau contoh tauladan, atau ajaran, atau bimbingan daripada keluarga baginda yang terpilih. siapa keluarga baginda yang terpilih? menurut mereka, keluarga yang terpilih itu ialah Ali a.s, Fatimah a.s, Hassan a.s dan Hussain a.s, dan 9 orang Imam yang terpilih dari kalangan keturunan Hussain a.s.





Perbezaan


apa perbezaan di antara ahlussunnah dan syiah? sebelum saye meneruskan, saye nak buat disclaimer. tujuan saya mengutarakan perbezaan ni bukan nak api2 kan lagi sengketa sunni-syiah, akan tetapi semata2 hendak menjelaskan kepada umum tentang perbalahan yang telah berlanjutan selama lebih seribu tahun ni. ok, back to the track. poin perselisihan yang paling utama di antara ahlussunnah dan syiah adalah perkara berkenaan pewaris, atau pengganti selepas kewafatan Rasul s.a.a.w. Kumpulan sunni mendakwa bahawa Rasulullah tidak pernah menunjukkan pengganti baginda secara jelas sebelum baginda wafat, lalu sebahagian sahabat baginda berijtihad bahawa Rasul s.a.aw telah, secara tersirat, menyerahkan tugas memilih kepimpinan kepada ummat. lantas, dalam kekecohan di antara muhajirin dan ansar di saqifah, Saidina Umar al-Khattab mengangkat tangan Saidina Abu Bakr ibn Abi Quhafah dan membaiat beliau sebagai pengganti nabi, diikuti oleh muhajirin akhirnya ansar disitu.


itu daripada perspektif sunni. golongan syiah pula mendakwa, Rasulullah s.a.a.w yang maksum itu tidak mungkin meninggalkan ummatnya dalam keadaan terbiar tanpa pengganti, wal hal baginda mengetahui kepentingan kepimpinan ummat, dan baginda juga maklum tentang ajalnya. golongan syiah berhujah bahawa, sedangkan sahabat sahaja sudah mengetahui betapa pentingnya kepimpinan ummat, sehingga mereka membiarkan jenazah baginda dan bergegas memilih kepimpinan, atas alasan Madinah masih muda, dan ketiadaan pengganti pemimpin dikhuatiri akan menyebabkan kerajaan Rom dan Farsi mengambil kesempatan untuk menyerang, inikan pula Rasulullah s.a.a.w, yang merupakan amirul mukminin yang sentiasa peka tentang pergerakan musuh, peka dengan keadaan Madinah, tahu tentang kepentingan pimpinan ummat dan, sebagai tambahan, tahu tentang ketibaan ajalnya. tidaklah masuk akal, menurut mereka, bagi rasulullah s.a.a.w, untuk tidak meninggalkan pemimpin sedangkan baginda tahu tentang semua akibat-yang bakal berlaku.


kumpulan syiah menegaskan bahawa, Rasul s.a.a.w, telah, secara tersurat dan tersirat, menunjukkan seseorang sebagai pengganti, dan seseorang itu menurut mereka, adalah saidina Ali karamallahu wajhah atau mereka gelar sebagai Imam Ali.



tersirat


terdapat bukti-bukti tersirat mahupun tersurat, yang mereka dakwa sebagai dalil kepimpinan Ali sebagai khalifah selepas Muhammad. terdapat banyak sekali hadis-hadis yang meriwayatkan tentang keutamaan Ali kepada Muhammad, seperti:





Dalam Shahih Ath-Tirmidzi 2: 297, kitab manaqib, bab 20:
Imran bin Hashin berkata: Pada suatu hari Rasulullah mengirim pasukan di bawah pimpinan Ali bin Abi Thalib (sa). Setelah peperangan itu terjadilah musibah pada seorang budak perempuan, lalu mengingkarinya. Empat orang dari sahabat Nabi saw saling berjanji dan berkata: Jika nanti kami berjumpa dengan Rasulullah saw, kami akan memberitakan kepadanya apa yang dilakukan oleh Ali (sa). Ketika kaum muslimin kembali dari perjalanannya, mereka menjumpai Rasulullah saw, lalu mengucapkan salam padanya lalu mereka pulang. Kemudian datanglah rombongan pasukan dan mereka mengucapkan salam kepada Nabi saw, lalu berdirilah salah seorang dari empat orang sahabat itu dan berkata: Ya Rasulallah, tidakkah melihat Ali bin Abi Thalib melakukan demikian dan demikian? Kemudian Nabi saw berpaling darinya. Kemudian yang satu lagi berdiri dan berkata seperti yang pertama, kemudian Nabi saw berpaling darinya. Kemudian yang ketiga berdiri dan berkata dengan perkataan yang sama, kemudian Nabi saw berpaling darinya. Kemudian yang keempat berdiri dan berkata dengan perkataan yang sama. Lalu Rasulullah saw menghadap kepada mereka dengan nampak marah di wajahnya dan bersabda:

ما تريدون من عليّ ؟ ما تريدون من عليّ ؟ ما تريدون من عليّ ؟ إن علياً مني وأنا منه ، وهو ولي كل مؤمن بعدي

“Apa yang kalian inginkan dari Ali? Apa yang kalian inginkan dari Ali? Sesungguhnya Ali adalah dariku dan aku darinya, dia adalah pemimpin setiap mukmin sesudahku.”
Hadis ini juga terdapat dalam kitab:
1. Musnad Ahmad bin Hambal, jilid 4 halaman 437, hadis ke 19426.
2. Mustadrak Al-Hakim, jilid 3 halaman 110, kitab Ma’rifah Ash-Shahabah.
3. Musnad Abu Dawud, jilid 3 halaman 111, hadis 829.
4. Hilyah Al-Awliya’, Abu Na’im, jilid 6 halaman 294.
5. Kanzul Ummal, Al-Muttaqi Al-Hindi, jilid 6 halaman 399: Fadhail Ali (sa).
6. Khashaish An-Nasa’i, halaman 23. (sumber asal di sini)

anda juga boleh melihat di sinisinisini dan sini.







tersurat


selain hadis-hadis keutamaan Ali yang dijadikan hujjah golongan syiah, terdapat juga dalil-dalil yang, dakwa mereka, merupakan petanda jelas akan kepimpinan Ali terhadap ummat.contohnya:



surah al-ahzab, ayat 33:




وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ وَأَقِمۡنَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتِينَ ٱلزَّڪَوٰةَ وَأَطِعۡنَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۚ ۥۤ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذۡهِبَ عَنڪُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ وَيُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِيرً۬ا (٣٣)




"And stay in your houses. Bedizen not yourselves with the bedizenment of the Time of Ignorance. Be regular in prayer, and pay the poor-due, and obey Allah and His messenger. Allah's wish is but to remove uncleanness far from you, O Folk of the Household, and cleanse you with a thorough cleansing" (33:33)




"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ta’atilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya"


ayat ini digelar sebagai ayat thathir (penyucian), yang mana golongan syiah mendakwa ayat ini diturunkan kepada Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain semasa mereka diselimuti oleh Rasulullah menggunakan Kisa'. penyucian Ali, dan bukan Abu Bakr atau Umar, menjadi dalil bagi golongan ini bahawa Ali lah yang selayaknya diikuti selepas kewafatan Rasul.



selain ayat al-quran terdapat juga hadis mutawatir tentang kepimpinan Ali yang digelar sebagai Hadis Al-Ghadir ( baca di sini ). dikatakan hadis ini adalah yang paling ramai sekali penyaksiannya kerana ia diriwayatkan semasa Rasul sedang dalam perjalanan pulang daripada mengerjakan haji yang terakhir.
kedua-dua dalil ini dan banyak lagi hujah mereka boleh dikaji di internet. adapun, adalah tidak adil membiarkan sebelah pihak membuat keterangan. kita dengar pula hujah balas orang-orang sunni terhadap perkara ni.




hujah balas



tidaklah dinamakan sengketa kalau tiada hujah balas daripada pihak yang bersengketa. ahlussunnah, dalam mengemukakan jawapan balas, mendakwa bahawa surah al-ahzab ayat 33 diturunkan berkenaan isteri-isteri nabi. ini berikutan ayat-ayat yang mendahului ayat thathir itu. kita perhatikan ayat 32, sebelum ayat thathir:









يَـٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ لَسۡتُنَّ ڪَأَحَدٍ۬ مِّنَ ٱلنِّسَآءِۚ إِنِ ٱتَّقَيۡتُنَّ فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ فَيَطۡمَعَ ٱلَّذِى فِى قَلۡبِهِۦ مَرَضٌ۬ وَقُلۡنَ قَوۡلاً۬ مَّعۡرُوفً۬ا (٣٢) وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ وَأَقِمۡنَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتِينَ ٱلزَّڪَوٰةَ وَأَطِعۡنَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۚ ۥۤ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذۡهِبَ عَنڪُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ وَيُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِيرً۬ا (٣٣)وَٱذۡڪُرۡنَ مَا يُتۡلَىٰ فِى بُيُوتِڪُنَّ مِنۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ وَٱلۡحِڪۡمَةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ لَطِيفًا خَبِيرًا (٣٤) إِنَّ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَـٰتِ وَٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ وَٱلۡقَـٰنِتِينَ وَٱلۡقَـٰنِتَـٰتِ وَٱلصَّـٰدِقِينَ وَٱلصَّـٰدِقَـٰتِ وَٱلصَّـٰبِرِينَ وَٱلصَّـٰبِرَٲتِ وَٱلۡخَـٰشِعِينَ وَٱلۡخَـٰشِعَـٰتِ وَٱلۡمُتَصَدِّقِينَ وَٱلۡمُتَصَدِّقَـٰتِ وَٱلصَّـٰٓٮِٕمِينَ وَٱلصَّـٰٓٮِٕمَـٰتِ وَٱلۡحَـٰفِظِينَ فُرُوجَهُمۡ وَٱلۡحَـٰفِظَـٰتِ وَٱلذَّٲڪِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا وَٱلذَّٲڪِرَٲتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغۡفِرَةً۬ وَأَجۡرًا عَظِيمً۬ا 









O ye wives of the Prophet! Ye are not like any other women. If ye keep your duty (to Allah), then be not soft of speech, lest he in whose heart is a disease aspire (to you), but utter customary speech. (32) And stay in your houses. Bedizen not yourselves with the bedizenment of the Time of Ignorance. Be regular in prayer, and pay the poor-due, and obey Allah and His messenger. Allah's wish is but to remove uncleanness far from you, O Folk of the Household, and cleanse you with a thorough cleansing. (33) And bear in mind that which is recited in your houses of the revelations of Allah and wisdom. Lo! Allah is Subtile, Aware. (34) Lo! men who surrender unto Allah, and women who surrender, and men who believe and women who believe, and men who obey and women who obey, and men who speak the truth and women who speak the truth, and men who persevere (in righteousness) and women who persevere, and men who are humble and women who are humble, and men who give alms and women who give alms, and men who fast and women who fast, and men who guard their modesty and women who guard (their modesty), and men who remember Allah much and women who remember - Allah hath prepared for them forgiveness and a vast reward. (35)










Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (32) Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (33) Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (34) Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. / (35)







ahlussunnah mendakwa, kenyataan bahawa ayat 32 sebelum ayat thathir yang menceritakan mengenai isteri-isteri nabi adalah merupakan suatu keterangan jelas yang membawa maksud bahawa ahlul bayt yang dimaksudkan di dalam ayat ke 33 ialah isteri-isteri nabi, bukan keluarga nabi berempat seperti yang di dakwa syiah.


selain itu, mereka juga, dalam membatalkan hujah-hujah syiah mengenai keutamaan Ali, telah mengutarakan hadis-hadis mengenai keutamaan para sahabat yang lain, seperti:







3. Ali bin Abi Talib r.a berkata, “Orang terbaik dari kalangan umat ini setelah nabinya ialah Abu Bakar, kemudian Umar bin Khattab. Jika aku mahu, aku sebutkan orang ketiga iaitu Uthman bin Affan.” (HR. al-Bukhari)
4. Sabda Rasulullah s.a.w. “Jika aku mengambil kekasih dari umatku, aku pasti mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku, namun dia adalah saudaraku, dan sahabatku.” (HR. al-Bukhari)
5. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya setiap Nabi itu mempunyai hawari (penolong), dan hawariku (penolongku) ialah Az-Zubair bin Al-Awwam.” (HR. al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)- sumber asal klik sini. hal ini bermaksud, selain ali, rasul s.a.a.w juga memuliakan sahabat - sahabat yang lain. jadi hadis keutamaan Ali tidak boleh dijadikan hujjah dalam membuktikan hak ali terhadap kekhalifahan.





saya berkata:


ini adalah sebahagian dari 'kepeningan-kepeningan' yang akan saya hidangkan kepada anda semua. hujah balas dari golongan syiah dan hujah rumusan dari saya akan menyusul pada post yang akan datang. till then, babai....










p/s: as-solah, as-solah....